MP Sepang: RM94 juta kos baiki KLIA2

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

TARIKH                                 : 22 Mac 2016

SOALAN                               :

Tuan Mohamed Hanipa Bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

  1. a) apakah status siasatan ke atas isu kos pembaikan KLIA sebanyak RM76.5 juta sebagaimana jawapan Menteri kepada soalan saya 21 Oktober 2015 dan juga sebagaimana laporan SPRM yang dibuat oleh saya pada 29 Oktober 2015.; dan
  2. b) adakah selepas kos pembaikan sebanyak RM76.5 juta KLIA 2 yang dinyatakan di (a) di atas, wujudnya kos kerja-kerja pembaikan kerosakan tambahan di KLIA 2 dan jika ada apakah kerosakan-kerosakan tambahan itu dan berapakah ko pembaikannya sehingga 15.2.2016.

 

JAWAPAN                           :

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Sukacita saya merujuk kepada jawapan Kementerian pada soalan No. 37 bertarikh 20 Oktober 2015 yang  dibangkitkan oleh Y.B. Sepang. lJntuk makluman Dewan Yantelah g mulia ini, Kerajaan telahpun menubuhkan dua (2) pasukan untuk menangani KLIA2 iaitu :

  1. Jawatankuasa Bebas Keselamatan KLIA2; dan
  2. Pasukan Khas Penilaian KLIA2.

Berhubung Jawatankuasa Bebas Keselamatan KLIA2 berperanan untuk mengaudit dan meneliti isu-isu keselamatan terutamanya berhubung mendapan di parkir apron, takungan air di taxiway dan runway serta retakan di bangunan terminal yang mempunyai implikasi kepada keselamatan di KLIA2. Laporan akhir juga telah dibentangkan kepada Kerajaan pada akhir tahun 2015.

Pasukan Khas Penilaian KLIA2 pula diketuai oleh Jabatan Audit Negara untuk mengaudit projek KLIA2. lanya turut disertai oleh agensi-agensi Kerajaan yang lain dan proses audit telah laksanakan mulai penghujung Oktober 2015. Pada masa ini, Pasukan Khas tersebut masih lagi menjalankan proses pengauditan dan dijangka akan memuktamadkan laporannya pada April 2016.

(b) Sehingga kini, MAHB telah membelanjakan sebanyak RM 94 juta bagi menampung kos kerja-kerja pembaikan kerosakan di KLIA2 dalam usaha menangani masalah mendapan.

MP Kota Raja:Pekerja asing TIDAK DIBENARKAN untuk membawa keluarga

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD

TARIKH                                : 22 MAC 2016

SOALAN                               :

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing telah membawa keluarga (isteri dan anak) mereka untuk bekerja di Malaysia di dalam sektor binaan dan perkhidmatan pembersihan (cleaner service).

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Mengikut dasar semasa, pekerja asing dibenarkan untuk bekerja di lima (5) sektor formal yang dibenarkan iaitu sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian serta satu (1) sektor informal iaitu pembantu rumah asing. Pekerja asing TIDAK DIBENARKAN untuk membawa keluarga sepanjang tempoh mereka bekerja di Malaysia. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak meletakkan sebarang syarat yang menghalang ahli keluarga pekerja asing untuk turut sama bekerja di negara ini tertakluk kepada mereka mengikut prosedur kemasukan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

MP Kuala Terengganu:Pembatalan biasiswa JPA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : YB DATO’ RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

TARIKH                                : 22 MAC 2016

SOALAN                               :

YB Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah nasib pelajar-pelajar yang biasiswa pelajaran tinggi ke seberang laut telah dibatalkan dan sehingga bilakah pembatalan biasiswa ini akan kekal.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, atas keprihatinan Kerajaan, masa depan pelajar-pelajar tetap terjamin memandangkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar-pelajar masih diteruskan pada tahun ini bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama Pengajian Tinggi (IPT) di dalam negara. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini juga, penajaan JPA kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang berminat untuk mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan di luar negara turut dibuka di bawah Program Khas Kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, semakan semula peruntukan penajaan tidak menjejaskan pelajar tertanggung sedia ada. Ini bermaksud pelajar tajaan JPA sama ada pelajar tahun 1,2,3 atau 4 pengajian akan terus ditaja mengikuti pengajian sebagaimana tawaran asal yang telah dipersetujui oleh pelajar dan Kerajaan melalui Perjanjian Biasiswa Persekutuan yang telah ditandatangani.

Menerusi pembentangan semakan Belanjawan 2016 yang diumumkan pada 28 Januari 2016, Kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM160 juta bagi membiayai penawaran penajaan baharu tahun 2016 demi memastikan kesinambungan pendidikan tidak terjejas.

Sekian, terima kasih.

MP Kota Raja: PATI mengundang masalah sosial dalam masyarakat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD

TARIKH                                : 21 MAC 2016

SOALAN:

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana Kerajaaan merancang untuk membenteras gejala sosial seperti pelacuran yang semakin menjadi akibat kehadiran pekerja lelaki (PADI dan PATI).

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Pelacuran adalah merupakan satu kesalahan jenayah yan ditakrifkan di bawah undang-undang Kanun Keseksaan terutamanya di bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan (iaitu menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan) dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan (iaitu pengawalan rumah-rumah persundalan). Selain daripada itu,Seksyen 39(b) Peraturan. peraturan Imigresen 1959/1963 (iaitu warganegara asing bekerja tanpa permit yang sah), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigeresen 1959/1963 (iaitu tiada pas perjalanan yang sah), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1953 (iaitu tamat tempoh pas perjalanan) danPeraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/1963 juga turut digunapakai terhadap warganegara asing yang melanggar syarat dalam Pas Lawatan Sosial.

Dalam memastikan aktiviti pelacuran ini tidak menjejaskan kerukunan dan keharmonian masyarakat Malaysia, pelbagai langkah dan usaha telah diambil oleh pihak PDRM terutamanya untuk membanteras kegiatan yang dijalankan oleh orang-orang perseorangan dan juga sindiket yang secara tidak langsung menjejaskan imej negara ini. Antara langkah-langkah yang dijalankan ialah:-

(a) Mengenalpasti individu dan sindiket-sindiket yang terlibat dalam kegiatan peiacuran dan mengambil tindakan keras ke atas mereka di bawah undang-undang yang berkaitan;

(b) Mengadakan operasi-operasi ke atas tempat-tempat yang dikenalpasti sebagai sarang-sarang pelacuran dari masa ke semasa;

(c) Menyenaraihitamkan perempuan-perempuan warganegara asing yang dikenalpasti sering memasuki negara ini khusus untuk menjalankan kegiatan pelacuran;

(d) Mengenalpasti tempat-tempat yang sering menjadi point of entry oleh penyeludup-penyeludup yang membawa perempuan-perempuan warganegara asing bagi dijadikan pelacur untuk tindakan pencegahan dan menyelamatkan mangsa;

(e) Kerjasama yang erat diantara agensi-agensipenguatkuasaanlain juga memainkan peranan penting dalam membendung gejala tidak bermoral ini;

(f) Penangkapan dan pendakwaan akan dibuat terhadap wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta bekerja sebagai GRO tanpa permit yang sah. ‘ dan

(g) Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan pasukan khas dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia iaitu Special Task Force For Anti Vice, Gaming and Gangsterism(STAGG) bagi mengambil tindakan terhadap aktiviti maksiat secara lebih terancang dan berkesan.

MP Shah Alam: Siasatan MH17 masih tidak selesai

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD

TARIKH                                : 21 MAC 2016

SOALAN                               :

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status penyiasatan MH370 dan MH17 dan nyatakan keputusan yang dibuat hasil siasatan tersebut.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini, penyiasatan berhubung kemalangan udara pesawat MH370 masih lagi dijalankan oleh pasukan penyiasat yang ditubuhkan mengikut Annex 13, lnternational Civil Aviation Organisation (ICAO) yang dikenali sebagai MH370 Annex 13 Safety lnvestigation Team. Dalam hubungan ini, Pasukan Penyiasat telah mengeluarkan lnterim Statement pada ulangtahun kedua kehilangan pesawat pada 8 Mac 2016.

Manakala penyiasatan bagi MH17 dibahagikan kepada dua iaitu siasatan dari segi teknikal dan jenayah. Berhubung status terkini siasatan teknikal MH17, pihak Dutch Safety Board (DSB) telah mengeluarkan laporan akhir pada 13 Oktober 2015 yang mengumumkan hasil siasatan teknikal berhubung nahas pesawat MH17 yang berpunca daripada peledak warhead model 9N314M yang digunakan oleh peluru berpandu jenis 9M38 yang dipasang pada peluru berpandu BUK.

Bagi siasatan jenayah pula, ia sedang dilaksanakan oleh Joint lnvestigation Team (JIT) yang diterajui oleh Belanda dan disertai oleh Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine dan dijangka akan berterusan sehingga pertengahan tahun 2016.