MP Kota Raja: Insentif guru di kawasan pendalaman

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD

TARIKH                                : 6 APRIL 2016

SOALAN                               :

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menggalakkan guru-guru untuk berkhidmat di sekolah-sekolah luar bandar dan pendalaman.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam usaha meningkatkan pencapaian murid-murid di kawasan luar bandar dan pedalaman, guru memainkan peranan yang penting selain penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas yang sempurna. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengambil berat dalam menyediakan kemudahan dan insentif yang mencukupi untuk guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, guru yang berkhidmat di kawasanpedalaman menikmati beberapa keistimewaan seperti berikut:

  1. a) Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) atau Bayaran Insentif Pedalaman (BIP). Insentif ini adalah bagi menampung kekurangan fasiliti dan kesusahan/ prasarana di pedalaman;
  2. b) Bayaran Insentif Tetap Perumahan (ITP) sepenuhnya sekiranya menduduki rumah yang tidak memenuhi kriteria rumah Kerajaan. Keistimewaan ini adalah bagi menampung kekurangan kemudahan perumahan yang diberi;
  3. c) Elaun Balik Kampung setahun sekali;
  4. d) Skim Ex-Gratia Bencana Kerja bagi perjalanan pergi/balik dari tempat kediaman ke pekan terdekat untuk mendapatkan perkhidmatan dan keperluan asas harian; dan
  5. e) Elaun/insentif yang diterima oleh guru-guru di luar kawasan pedalaman.

Selain daripada itu, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, KPM telah melaksanakan penambahbaikan bagi elaun-elaun sedia ada berdasarkan laporan kajian-kajian yang telah dijalankan seperti berikut:

  1. a) Kajian Penyemakan Semula Insentif bagi Jawatan Yang Sukar Diisi di Sekolah Berprestasi Rendah/Pedalaman; dan
  2. b) Kajian Impak Pelaksanaan Elaun Khas Lokasi Mengikut Tahap Kesusahan (EKLMTK).

Sehubungan itu, pemberian pelbagai insentif tersebut merupakan satu usaha KPM untuk menarik minat dan mengekalkan guru yang berkualiti di pedalaman.

Advertisements

MP Kota Raja: IMAN Resources Sdn. Bhd. terlibat dalam pengurusan PATI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD

TARIKH                               : 30 MAC 2016

SOALAN                               :

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan nama syarikat yang telah dilantik untuk melaksanakan pengurusan pendaftaran, penggajian dan pemulangan PATI Indonesia dan apakah proses perlantikan syarikat ini dilakukan dengan telus serta melibatkan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders).

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, penglibatan Syarikat International Marketing and Net (IMAN) Resources Sdn. Bhd dalam Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI yakni Program Rehiring adalah untuk membantu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam menguruskan pendaftaran, penggajian dan penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia.

Dalam masa yang sama, adalah ditekankan bahawa program ini kekal diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri dan JIM.

Penglibatan IMAN Resources Sdn. Bhd. dalam Program Rehiring adalah atas dasar pengalaman syarikat menguruskan PATI dalam Program PATI Serah Diri Untuk Kembali Ke Negara Asal (Program 3+1) serta komitmen syarikat menjalin kerjasama bersama Kedutaan Besar Republik Indonesia dalam menguruskan program tersebut.

MP Kota Raja:Pekerja asing TIDAK DIBENARKAN untuk membawa keluarga

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD

TARIKH                                : 22 MAC 2016

SOALAN                               :

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing telah membawa keluarga (isteri dan anak) mereka untuk bekerja di Malaysia di dalam sektor binaan dan perkhidmatan pembersihan (cleaner service).

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Mengikut dasar semasa, pekerja asing dibenarkan untuk bekerja di lima (5) sektor formal yang dibenarkan iaitu sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian serta satu (1) sektor informal iaitu pembantu rumah asing. Pekerja asing TIDAK DIBENARKAN untuk membawa keluarga sepanjang tempoh mereka bekerja di Malaysia. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak meletakkan sebarang syarat yang menghalang ahli keluarga pekerja asing untuk turut sama bekerja di negara ini tertakluk kepada mereka mengikut prosedur kemasukan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

MP Kota Raja: PATI mengundang masalah sosial dalam masyarakat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD

TARIKH                                : 21 MAC 2016

SOALAN:

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana Kerajaaan merancang untuk membenteras gejala sosial seperti pelacuran yang semakin menjadi akibat kehadiran pekerja lelaki (PADI dan PATI).

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Pelacuran adalah merupakan satu kesalahan jenayah yan ditakrifkan di bawah undang-undang Kanun Keseksaan terutamanya di bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan (iaitu menyalahguna mana-mana orang bagi tujuan persundalan) dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan (iaitu pengawalan rumah-rumah persundalan). Selain daripada itu,Seksyen 39(b) Peraturan. peraturan Imigresen 1959/1963 (iaitu warganegara asing bekerja tanpa permit yang sah), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigeresen 1959/1963 (iaitu tiada pas perjalanan yang sah), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1953 (iaitu tamat tempoh pas perjalanan) danPeraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/1963 juga turut digunapakai terhadap warganegara asing yang melanggar syarat dalam Pas Lawatan Sosial.

Dalam memastikan aktiviti pelacuran ini tidak menjejaskan kerukunan dan keharmonian masyarakat Malaysia, pelbagai langkah dan usaha telah diambil oleh pihak PDRM terutamanya untuk membanteras kegiatan yang dijalankan oleh orang-orang perseorangan dan juga sindiket yang secara tidak langsung menjejaskan imej negara ini. Antara langkah-langkah yang dijalankan ialah:-

(a) Mengenalpasti individu dan sindiket-sindiket yang terlibat dalam kegiatan peiacuran dan mengambil tindakan keras ke atas mereka di bawah undang-undang yang berkaitan;

(b) Mengadakan operasi-operasi ke atas tempat-tempat yang dikenalpasti sebagai sarang-sarang pelacuran dari masa ke semasa;

(c) Menyenaraihitamkan perempuan-perempuan warganegara asing yang dikenalpasti sering memasuki negara ini khusus untuk menjalankan kegiatan pelacuran;

(d) Mengenalpasti tempat-tempat yang sering menjadi point of entry oleh penyeludup-penyeludup yang membawa perempuan-perempuan warganegara asing bagi dijadikan pelacur untuk tindakan pencegahan dan menyelamatkan mangsa;

(e) Kerjasama yang erat diantara agensi-agensipenguatkuasaanlain juga memainkan peranan penting dalam membendung gejala tidak bermoral ini;

(f) Penangkapan dan pendakwaan akan dibuat terhadap wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta bekerja sebagai GRO tanpa permit yang sah. ‘ dan

(g) Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan pasukan khas dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia iaitu Special Task Force For Anti Vice, Gaming and Gangsterism(STAGG) bagi mengambil tindakan terhadap aktiviti maksiat secara lebih terancang dan berkesan.

MP Kota Raja: RM 2.2 billion kutipan levi pekerja asing

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD

TARIKH                                : 17 MAC 2016

SOALAN                               :

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah sumbangan levi permit kerja dari pekerja asing dari tahun 2011 sampai 2015 mengikut sektor ekonomi dan negara asal pekerja asing. Apakah justifikasi Kerajaan meningkatkan bayaran levi pekerja asing.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Keraiaan mengenakan bayaran levi pengambilan pekerja asing berdasarkan sektor. Jumlah  daripada Pekerja asin levi Yang dikutip oleh Kerajaan seperti berikut: g mengikut tahun 2011 hingga 2015 adalah seperti berikut:

TAHUN

JUMLAH KUTIPAN LEVI (RM)
2011

1,807,559,238.97

2012

2,618,101,763.53

2013

2,423,003,405.28
2014

2,637,594,587.09

2015

2,254,148,205.66

Pecahan bagi lima (5) negara sumber pekerja asing tertinggi yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) aktif pada 31 Disember 2014 dan 2015 mengikut adalah seperti berikut :

BIL. NEGARA SUMBER 2011 2012 2013 2014 2015
1. Indonesia 785,236 746,063 1,065,641 817,300 835,965
2. Nepal 258,497 304,717 451,659 490,297 502,596
3. Bangladesh 116,663 132,350 354,721 296,930 282,437
4. Myanmar 146,126 129,506 192,206 143,334 145,652
5. India 87,399 93,761 147,795 105,188 139,751

 

Kerajaan berhasrat untuk memperkemaskan sistem pengurusan pekerja asing sedia ada dengan kadar levi diklusterkan kepada dua kategori. Kerajaan berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk memperkemaskan sistem pengurusan pekerja asing. Pekerja asing pada ketika ini dikenakan bayaran levi mengikut sektor berbeza-beza.

Bayaran levi yang berbeza-beza ini bukan sahaja mengelirukan majikan malah turut mendorong pekerja asing melanggari syarat imigresen semata-mata untuk bekerja di dalam sektor yang mengenakan bayaran levi yang lebih murah. Oleh yang demikian, satu sistem levi yang lebih efisyen diperlukan bagi menggantikan sistem levi sedia ada.

Sehubungan itu, kadar levi akan diselaraskan mengikut kategori di mana kategori satu terdiri daripada sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. Manakala, kategori kedua terdiri daripada sektor perladangan dan pertanian.

Kerajaan telah melaksanakan sesi engagement dengan wakil-wakil industri dan telah mendapatkan maklumbalas terhadap cadangan Kerajaan untuk menentukan kadar levi yang bersesuaian. Kadar levi baru yang telah ditetapkan oleh Kerajaan telah mengambilkira maklumbalas yang diberikan oleh industri dan kadar ini tidak akan membeban dan menjejaskan momentum perkembangan industri.

Selain itu, penstrukturan kategori levi juga merupakan komitmen Kerajaan untuk sentiasa menambah baik pengurusan pekerja asing di samping menggalakkan industri berintensifkan buruh untuk beralih ke arah indusri berasaskan automasi dan mekanisasi. Peralihan ini dijangka meningkatkan produktiviti serta meningkatkan daya saing industri.

Walau bagaimanapun, Kerajaan buat masa ini telah bersetuju untuk menangguhkan kenaikan kadar levi ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan setelah mendapat maklumbalas dari industri.