MP Sepang: 24,028 penderma YaDEIM batalkan SPG

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : YB TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

TARIKH                                : 4 APRIL 2016

SOALAN                               :

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan

(a) sehingga 15 Febuari 2016, berapa ramaikah jumlah penderma yang menderma kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Skim Potongan Gaji Bulanan telah membatalkan atau menarik balik dari skim tersebut; dan

(b) berapakah jumlah pengurangan dana dari skim tersebut sehingga 15 Februari 2016 kesan daripada pembatalan atau penarikan balik penderma-penderma itu.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang di-Pertua,

a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak awal pelaksanaan Skim Potongan Gaji (SPG) melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dari tahun 1985 hingga kini, sebab pembatalan atau menarik balik dari SPG YaPEIM oleh penyumbang adalah pelbagai malah ia subjektif untuk diperkatakan. Ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada hal ini. Antaranya:

  • meninggal dunia;
  • bersara;
  • berhenti kerja;
  • menyumbang kepada institusi lain;
  • berpindah tempat kerja;
  • kos sara hidup meningkat; dan
  • persepsi negatif/fitnah.

Pada tahun 2015, seramai 24,028 orang dan pada tahun 2016 (setakat Februari) seramai 8,906 orang telah membatalkan atau menarik balik dari skim ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga penyumbang baharu dan penyumbang sedia ada yang menambah jumlah sumbangannya.

(b) Berikutan itu, telah berlaku pengurangan dana sebanyak RM420, 227 bagi tahun 2015 dan RM160,670 pada tahun 2016 (setakat Februari). Manakala jumlah penyumbang baharu dan penyumbang sedia ada yang menambah sumbangannya adalah sebanyak RM106 870.80

Sekian, terima kasih.

 

Advertisements

SEMOGA CEPAT SEMBUH, TUAN!

DOAKAN KESEMBUHAN YB HANIPA DAN TUAN HJ ASMUNI

www.amanah.org.my

1. Ahli Parlimen (Sepang) YB Hanipa Maidin telah dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas disedari pengsan secara tiba-tiba ditempat duduk beliau di Dewan Rakyat petang tadi.

2. Dalam perkembangan terbaru, kami dimaklumkan bahawa YB Hanipa kini telah dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

3. YB Hanipa adalah salah seorang anggota Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) yang sangat komited dalam parti dan aktif mengambil bahagian dalam setiap perbahasan di Dewan Rakyat.

4. Selain beliau, seorang lagi anggota Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah iaitu Bendahari Agung Tn Hj Asmuni Awi juga kini berada di IJN selepas melalui pembedahan pintasan jantung beberapa hari lalu.

5. Seluruh kepimpinan Amanah mengharapkan mereka segera sembuh dan boleh kembali berkhidmat seperti biasa. Kepada seluruh ahli dan penyokong Amanah, ambilah sedikit masa untuk turut sama-sama mendoakan kesihatan mereka.

“Harapan Baru”

MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
4 April 2016

MP Sepang: Hutang 1MDB RM5.8b diberi Jaminan Kerajaan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : Y.B. TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

TARIKH                                 : 31 Mac 2016

SOALAN                               :

Y.B. TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN [ SEPANG I minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) berapa jumlah terkini hutang tertunggak 1MDB dan senaraikan pemiutang-pemiutang (Lenders) 1MDB tersebut beserta jumlah tertunggak 1MDB bagi setiap pemiutang itu; dan

(b) daripada hutang-hutang tersebut di atas, berapakah jumlah hutang yang dijamin oleh Kerajaan.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang Dipertua,

Pada masa ini, 1MDB tidak mempunyai hutang tertunggak. 1MDB tidak pernah gagal dalam melunaskan segala hutang-hutangnya termasuk pembayaran faedah pinjaman.

Tuan Yang Dipertua,

Jumlah hutang 1MDB yang diberikan Jaminan Kerajaan adalah sebanyak RM5.8 bilion.

MP Sepang: Kemana RM570juta derma?

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : YB TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

TARIKH                                                 : 30 MAC 2016

SOALAN                               :

YB Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan –

(a) apakah alasan sebenar dan rasmi yang digunakan oleh Peguam Negara bagi memutuskan bahawa Perdana Menteri dikatakan tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana menerima wang RM 2.6 bilion dari penderma dan menerima wang RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd yang mana kedua-dua wang itu telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri; dan

(b) dimanakah jumlah baki RM 570 juta yang Perdana Menteri terima dari penderma setelah Peguam Negara menyatakan bahawa daripada jumlah wang derma RM 2.6 bilion yang Perdana Menteri terima, hanya RM2.03 bilion yang dipulangkan semula kepada penderma pada bulan Ogos 2013.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang di-Pertua, Untuk makiuman, soalan ini tidak dapat dijawab pada masa ini kerana perkara ini dalam timbangan Mahkamah (sub judice).

Sekian, terima kasih.