MP Kuala Terengganu:Pembatalan biasiswa JPA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : YB DATO’ RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

TARIKH                                : 22 MAC 2016

SOALAN                               :

YB Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah nasib pelajar-pelajar yang biasiswa pelajaran tinggi ke seberang laut telah dibatalkan dan sehingga bilakah pembatalan biasiswa ini akan kekal.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, atas keprihatinan Kerajaan, masa depan pelajar-pelajar tetap terjamin memandangkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar-pelajar masih diteruskan pada tahun ini bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama Pengajian Tinggi (IPT) di dalam negara. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini juga, penajaan JPA kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang berminat untuk mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan di luar negara turut dibuka di bawah Program Khas Kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, semakan semula peruntukan penajaan tidak menjejaskan pelajar tertanggung sedia ada. Ini bermaksud pelajar tajaan JPA sama ada pelajar tahun 1,2,3 atau 4 pengajian akan terus ditaja mengikuti pengajian sebagaimana tawaran asal yang telah dipersetujui oleh pelajar dan Kerajaan melalui Perjanjian Biasiswa Persekutuan yang telah ditandatangani.

Menerusi pembentangan semakan Belanjawan 2016 yang diumumkan pada 28 Januari 2016, Kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM160 juta bagi membiayai penawaran penajaan baharu tahun 2016 demi memastikan kesinambungan pendidikan tidak terjejas.

Sekian, terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s