MP Parit Buntar: Kutipan GST RM 3 billion sebulan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : Y.B. DATO’ DR. MUJAHID YUSOF RAWA

TARIKH                                : 17.03.2016

SOALAN                               :

YB DATO’ DR. MUJAHID YUSOF RAWA [PARIT BUNTAR] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kutipan Cukai GST setelah dilaksanakan sehingga kini dan jumlah kutipan mengikut negeri-negeri setiap bulan.

JAWAPAN

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil bersih kutipan GST iaitu setelah mengambil kira tuntutan kredit ke atas GST di peringkat input perniagaan bagi tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember 2015 adalah sebanvak RM27.012 bilion. Daripada jumlah tersebut, dianggarkan purata kutipan GST adalah sebanyak RM3 bilion bagi setiap bulan.

Memandangkan GST adalah cukai di peringkat Kerajaan Persekutuan yang dikenakan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, maka ia dikutip secara keseluruhannya tanpa mengambil kira lokasi pendaftaran dibuat dan perniagaan dijalankan di sesuatu negeri atau daerah. Dalam konteks ini, kutipan cukai GST di mana-mana negeri atau daerah tidak semestinya menggambarkan bahawa hasil tersebut berkaitan secara langsung dengan aktiviti ekonomi di tempat berkenaan semata-mata. Di samping itu, hasil GST import juga lebih tertumpu kepada negeri-negeri ang mempunyai pelabuhan utama. Sehubungan itu, kutipan hasil GST ialah merangkumi sumbangan daripada seluruh negara.

MP Kota Raja: RM 2.2 billion kutipan levi pekerja asing

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD

TARIKH                                : 17 MAC 2016

SOALAN                               :

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah sumbangan levi permit kerja dari pekerja asing dari tahun 2011 sampai 2015 mengikut sektor ekonomi dan negara asal pekerja asing. Apakah justifikasi Kerajaan meningkatkan bayaran levi pekerja asing.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Keraiaan mengenakan bayaran levi pengambilan pekerja asing berdasarkan sektor. Jumlah  daripada Pekerja asin levi Yang dikutip oleh Kerajaan seperti berikut: g mengikut tahun 2011 hingga 2015 adalah seperti berikut:

TAHUN

JUMLAH KUTIPAN LEVI (RM)
2011

1,807,559,238.97

2012

2,618,101,763.53

2013

2,423,003,405.28
2014

2,637,594,587.09

2015

2,254,148,205.66

Pecahan bagi lima (5) negara sumber pekerja asing tertinggi yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) aktif pada 31 Disember 2014 dan 2015 mengikut adalah seperti berikut :

BIL. NEGARA SUMBER 2011 2012 2013 2014 2015
1. Indonesia 785,236 746,063 1,065,641 817,300 835,965
2. Nepal 258,497 304,717 451,659 490,297 502,596
3. Bangladesh 116,663 132,350 354,721 296,930 282,437
4. Myanmar 146,126 129,506 192,206 143,334 145,652
5. India 87,399 93,761 147,795 105,188 139,751

 

Kerajaan berhasrat untuk memperkemaskan sistem pengurusan pekerja asing sedia ada dengan kadar levi diklusterkan kepada dua kategori. Kerajaan berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk memperkemaskan sistem pengurusan pekerja asing. Pekerja asing pada ketika ini dikenakan bayaran levi mengikut sektor berbeza-beza.

Bayaran levi yang berbeza-beza ini bukan sahaja mengelirukan majikan malah turut mendorong pekerja asing melanggari syarat imigresen semata-mata untuk bekerja di dalam sektor yang mengenakan bayaran levi yang lebih murah. Oleh yang demikian, satu sistem levi yang lebih efisyen diperlukan bagi menggantikan sistem levi sedia ada.

Sehubungan itu, kadar levi akan diselaraskan mengikut kategori di mana kategori satu terdiri daripada sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. Manakala, kategori kedua terdiri daripada sektor perladangan dan pertanian.

Kerajaan telah melaksanakan sesi engagement dengan wakil-wakil industri dan telah mendapatkan maklumbalas terhadap cadangan Kerajaan untuk menentukan kadar levi yang bersesuaian. Kadar levi baru yang telah ditetapkan oleh Kerajaan telah mengambilkira maklumbalas yang diberikan oleh industri dan kadar ini tidak akan membeban dan menjejaskan momentum perkembangan industri.

Selain itu, penstrukturan kategori levi juga merupakan komitmen Kerajaan untuk sentiasa menambah baik pengurusan pekerja asing di samping menggalakkan industri berintensifkan buruh untuk beralih ke arah indusri berasaskan automasi dan mekanisasi. Peralihan ini dijangka meningkatkan produktiviti serta meningkatkan daya saing industri.

Walau bagaimanapun, Kerajaan buat masa ini telah bersetuju untuk menangguhkan kenaikan kadar levi ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan setelah mendapat maklumbalas dari industri.