MP Shah Alam: Pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA)

PEMBERITANUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : YB TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD

TARIKH                                : 6 APRIL 2016

SOALAN                               :

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendiriannya terhadap cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh Peguam Negara berhubung hukuman rotan dan penjara seumur hidup.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Kebiasaannya peruntukan dalam suatu undang-undang akan dikaji apabila mencapai suatu tempoh masa yang tertentu. Dalam hal ini, Jabatan Peguam Negara berpandangan sudah tiba masanya peruntukan berkenaan hukuman dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 dikaji semula selaras dengan perkembangan semasa penyebaran maklumat dalam dunia tanpa sempadan, serta kekerapan berlakunya ketirisan rahsia Kerajaan pada masa kini.
  2. Pada masa ini, Kerajaan masih belum memutuskan keputusan dasar berhubung apa-apa cadangan pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88].

Sekian, terima kasih.

Advertisements

MP Shah Alam: Sistem pengurusan levi pekerja asing

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD

TARIKH                                : 30 MAC 2016

SOALAN                               :

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan levi pekerja asing dan sekiranya ya, apakah implikasi dari tindakan tersebut.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan berhasrat untuk memperkemaskan sistem pengurusan levi pekerja asing sedia ada dengan kadar levi diklusterkan kepada dua kategori. Kadar Ievi juga akan diselaraskan mengikut kategori di mana kategori satu akan terdiri dari sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan dengan kadar levi sebanyak RM 1850.00. Manakala, kategori kedua terdiri dari sektor perladangan dan pertanian dengan kadar levi sebanyak RM 640.00. Bagi sektor informal Pembantu Rumah Asing masih kekal dengan kadar levi sebanyak RM 410.00.

Pengklusteran kepada 2 kategori ini akan memudahkan urusan pentadbiran pekerja asing secara amnya. Pengklusteran kepada 2 kategori sahaja juga dapat membantu untuk mengurangkan kekeliruan di pihak majikan di mana sebelum ini kadar bayaran levi adalah berbeza mengikut sektor-sektor. Kadar levi baru ini juga akan mengurangkan kecenderungan pekerja asing memasuki negara untuk bekerja melalui sektor yang menawarkan levi lebih rendah dan kemudiannya melarikan diri untuk bekerja di sektor-sektor yang lebih menarik seperti perkhidmatan atau pembinaan.

Kadar levi baharu ini telah berkuatkuasa pada 18 Mac 2016. Penstrukturan kategori levi ini merupakan komitmen Kerajaan untuk sentiasa menambah baik pengurusan pekerja asing di samping menggalakkan industri berintensifkan buruh untuk beralih ke arah indusri berasaskan automasi dan mekanisasi. Peralihan ke arah industri berteknologi tinggi diharapkan akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan dijangka meningkatkan produktiviti serta meningkatkan daya saing industri.

MP Shah Alam: Biasiswa JPA tidak diberhentikan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : YB TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD

TARIKH                                 : 28 MAC 2016

SOALAN :

YB Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ) minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat memberhentikan Pemberian biasiswa JPA untuk pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan luar negara.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang di-Pertua.

Penajaan JPA tidak diberhentikan sepertimana yang dibangkitkan oleh ahli Yang Berhormat. Mulai tahun 2016, JPA akan menawarkan program penajaan seperti berikut:

Pertama, Program Penajaan Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia.

Kedua, Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun. Korea, Jerman dan Perancis.

Ketiga, Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, untuk mengikuti pengajian di peringkat ljazah Pertama di Universiti Awam. dan institusi Pengajian Tinggi Swasta di dalam Negara;

dan keempat, pengambilan baharu seramai 8,000 pelajar pada tahun 2016 yang akan diberikan penajaan untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat ljazah Pertama dalam negara.

Menerusi pembentangan semakan Belanjawan 2016 yang diumumkan pada 28 Januari 2016, Kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM160 juta bagi membiayai penawaran penajaan baharu tahun 2016 demi memastikan kesinambungan pembangunan modal insan negara tidak terjejas.

Sekian, terima kasih.

MP Shah Alam: Siasatan MH17 masih tidak selesai

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD

TARIKH                                : 21 MAC 2016

SOALAN                               :

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status penyiasatan MH370 dan MH17 dan nyatakan keputusan yang dibuat hasil siasatan tersebut.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini, penyiasatan berhubung kemalangan udara pesawat MH370 masih lagi dijalankan oleh pasukan penyiasat yang ditubuhkan mengikut Annex 13, lnternational Civil Aviation Organisation (ICAO) yang dikenali sebagai MH370 Annex 13 Safety lnvestigation Team. Dalam hubungan ini, Pasukan Penyiasat telah mengeluarkan lnterim Statement pada ulangtahun kedua kehilangan pesawat pada 8 Mac 2016.

Manakala penyiasatan bagi MH17 dibahagikan kepada dua iaitu siasatan dari segi teknikal dan jenayah. Berhubung status terkini siasatan teknikal MH17, pihak Dutch Safety Board (DSB) telah mengeluarkan laporan akhir pada 13 Oktober 2015 yang mengumumkan hasil siasatan teknikal berhubung nahas pesawat MH17 yang berpunca daripada peledak warhead model 9N314M yang digunakan oleh peluru berpandu jenis 9M38 yang dipasang pada peluru berpandu BUK.

Bagi siasatan jenayah pula, ia sedang dilaksanakan oleh Joint lnvestigation Team (JIT) yang diterajui oleh Belanda dan disertai oleh Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine dan dijangka akan berterusan sehingga pertengahan tahun 2016.

MP Shah Alam: KKM tidak iktiraf internship di India

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN    : LISAN

DARIPADA          : YB TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD

TARIKH                 : 14 MAC 2016

SOALAN               :

YB Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

  1. a) adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengiktiraf internship setahun yang telah dijalani oleh pelajar perubatan kita di India;

dan

  1. b) sekiranya tidak, sila nyatakan sebab-sebabnya.

 

JAWAPAN           :

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Majlis Perubatan Malaysia, tidak bercadang untuk mengiktiraf internship di India.

Untuk maklumat Tuan Di Pertua dan Ahli Dewan, ini adalah kerana latihan intenship di India merupakan sebahagian daripada kurikulum klinikal program perubatan di mana, hanya setelah melengkapkan latihan tersebut barulah pelajar perubatan layak untuk bergraduan dan menerima ijazah perubatan.

Ini adalah berbeza daripada Iatihan internship atau housemanship di Malaysia di mana hanya pengamal perubatan yang telah bergraduan dan telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia sahaja yang layak untuk menjalaninya. Tambahan lagi latihan housemanship di Malaysia adalah bertujuan untuk menilai dan menambahbaik pengetahuan klinikal pengamal perubatan sebelum mereka berdaftar penuh.