YTL terima lesen stesen janakuasa letrik Paka

“ KELULUSAN LESEN OLEH SURUHANJAYA TENAGA KEPADA Y.T.L. (YEOH TEONG LAY) UNTUK STESEN JANAKUASA LETRIK PAKA, TERENGGANU”

raja kamaru;

Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad

 

1. Saya ingin meminta Menteri menjelaskan disini status sebenar Stesen Janakuasa Elektrik di Paka, Terengganu yang dikendalikan oleh YTL Power International Berhad (YTL) dari tahun 1993 hingga 2015. Untuk makluman rakyat Setesen Janakuasa Elektrik Paka sudah tidak lagi beroperasi setelah tamat tempoh pada 1 Oktober tahun lepas (2015).

2. Sejak enam bulan yang lalu Stesen janakuasa Letrik Paka yang dahulunya dikendalikan oleh YTL tidak lagi beroperasi dan situasi ini tidak langsung menjejaskan perkhidmatan pembekalan elektrik dimana-mana. Seharusnya rakyat Malaysia harus bersyukur kerana satu perjanjian pembelian tenaga yang berat sebelah dan merugikan pengguna telah berakhir setelah hampir 23 tahun. Kerajaan sepatutnya mengambil kesempatan membaiki terma-terma yang merugikan.

3. Saya ulangi bahawa setiap rakyat Malaysia harus bersyukur dengan penamatan perjanjian pembelian tenaga atau Power Purchase Agreement diantara Tenaga Nasional Berhad dan YTL. Bukan sahaja TNB tidak perlu lagi menyalurkan duit rakyat kepada YTL malah telah terbukti bahawa TNB pun tidak lagi memerlukan tenaga yang dijana YTL. Hidup rakyat tidak terjejas sedikitpun dengan berhentinya penjanaan elektrik di Stesen Janakuasa Elektrik YTL di Paka sejak hampir ENAM bulan yg lalu.

4. Berdasarkan fakta ini saya ini meminta agar Menteri menjelaskan kepada Dewan yang Mulia kenapa dan mengapa Kerajaan, menerusi Kementerian dan Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission), masih memperbaharui lesen YTL Power International untuk menyambung operasi stesen janakuasa di Paka? Saya difahamkan segala kos penjanaan elektrik oleh IPP sebenarnya, tanpa disedari ditanggung sepenuhnya oleh Rakyat menerusi bil bulanan.(dan bukan TNB atau Kerajaan).

5. Saya juga menggesakan Menteri mengesahkan jika benar YTL Power International telah pun diberikan lesen operasi oleh Suruhanjaya Tenaga walaupun YTL masih belum menandatangani apa-apa perjanjian pembelian tenaga yang baru dengan pihak TNB serta perjanjian pembekalan gas bersama Petronas. Apakah benar YTL,yang sering dicanang sebagai kroni sipolan dan sipolan didalam Barisan Nasional, telah diberikan lesen operasi tanpa terlebih dahulu mematuhi syarat pemerolehan lesen operasi? Sebenarnya YTL ini kroni siapa?

i) Isu tanah yang di miliki oleh TNB dengan YTL belum diselesaikan lagi. Dari 16 hektar hanya 9 hektar yang di perlukan untuk pengeluaran tenaga.

ii) Petronas masih belum bersetuju dengan YTL kadar pembekalan GAS yang diperlukan untuk Setesen Janakuasa Elektrik PAKA. Bagaimana kontrak ini boleh di laksanakan.

RAJA BAHRIN SHAH
AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGANU

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s