MP Shah Alam: Sistem pengurusan levi pekerja asing

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD

TARIKH                                : 30 MAC 2016

SOALAN                               :

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan levi pekerja asing dan sekiranya ya, apakah implikasi dari tindakan tersebut.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan berhasrat untuk memperkemaskan sistem pengurusan levi pekerja asing sedia ada dengan kadar levi diklusterkan kepada dua kategori. Kadar Ievi juga akan diselaraskan mengikut kategori di mana kategori satu akan terdiri dari sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan dengan kadar levi sebanyak RM 1850.00. Manakala, kategori kedua terdiri dari sektor perladangan dan pertanian dengan kadar levi sebanyak RM 640.00. Bagi sektor informal Pembantu Rumah Asing masih kekal dengan kadar levi sebanyak RM 410.00.

Pengklusteran kepada 2 kategori ini akan memudahkan urusan pentadbiran pekerja asing secara amnya. Pengklusteran kepada 2 kategori sahaja juga dapat membantu untuk mengurangkan kekeliruan di pihak majikan di mana sebelum ini kadar bayaran levi adalah berbeza mengikut sektor-sektor. Kadar levi baru ini juga akan mengurangkan kecenderungan pekerja asing memasuki negara untuk bekerja melalui sektor yang menawarkan levi lebih rendah dan kemudiannya melarikan diri untuk bekerja di sektor-sektor yang lebih menarik seperti perkhidmatan atau pembinaan.

Kadar levi baharu ini telah berkuatkuasa pada 18 Mac 2016. Penstrukturan kategori levi ini merupakan komitmen Kerajaan untuk sentiasa menambah baik pengurusan pekerja asing di samping menggalakkan industri berintensifkan buruh untuk beralih ke arah indusri berasaskan automasi dan mekanisasi. Peralihan ke arah industri berteknologi tinggi diharapkan akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan dijangka meningkatkan produktiviti serta meningkatkan daya saing industri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s