Tahukah anda? Ahli Parlimen boleh menfitnah di dalam Parlimen.

Ahli Parlimen boleh memfitnah di dalam Parlimen tapi tak boleh menghasut dalam Parlimen!

1. Tajuk di atas mungkin pelik tapi ia adalah benar. Adakah undang undang memilih bulu? Jawapannya ya, kerana undang undang memberikan imuniti ( kekebalan ) kepada orang orang tertentu bagi kesalahan tertentu.

2. Para diplomat dan anggota pejabat diplomat adalah kebal di sisi undang undang dan tidak boleh didakwa walaupun melakukan kesalahan jenayah.

3. Undang Undang memberikan kekebalan kepada Ahli Parlimen dari disaman fitnah selagi mana mereka mengeluarkan kata kata fitnah itu di dalam Dewan Parlimen.

4. Bagaimanapun tiada kekebalan diberikan jika Ahli Parlimen itu mengulangi kata kata fitnah itu di luar Dewan. Sebab itu kita biasa dengar seorang Ahli Parlimen dicabar untuk ulang kata kata fitnah di luar Dewan.

5. Jika Ahli Parlimen dilindungi kerana memfitnah di dalam Parlimen, namun mereka masih boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 jika mengeluarkan kata kata yang berkecenderungan menghasut walaupun kata kata itu diucapkan di dalam Dewan Parlimen.

6. Undang undang melindungi Ahli Parlimen yang memfitnah dalam Dewan kerana nak pastikan Ahli Parlimen tidak gentar untuk berbahas. Namun bila Akta Hasutan masih boleh dikenakan ke atas mereka , hasrat undang undang untuk memastikan Ahli Parlimen tidak gentar untuk berbahas sebenarnya tidak.masuk akal.

Wallahu’alam

21.03.2016

Pengerusi Kanun
Parti Amanah Negara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s