Penglibatan Malaysia Dalam Latihan North Thunder

Kenyataan Akhbar

Penglibatan Malaysia Dalam Latihan North Thunder

Pada titah DYMM Yang Di Pertuan Agong pada 7 Mac 2016, DYMM telah merujuk tentang ancaman keganasan baik dari dalam atau luar negara. Sumber dan gejala ancaman dari dalam telah kami timbulkan di parlimen sejak 2 tahun lepas di mana budaya “takfiri” dan hukuman “halal darah” dan gesaan “wajib di hapuskan” telah banyak kali di keluarkan oleh pihak tertentu di pentas ceramah serta masjid dan surau. Sehingga kini tiada apa-apa tindakan sewajanya diambil. Seperti diketahui umum, tindakan dibuat secara terpilih(selectif prosecution), di mana hanya pihak tertentu sahaja yang dikenakan tindakan.
Titah DYMM Tuanku YDPA patut di ambil serius oleh pihak kerajaan terutamanya ancaman yang lebih besar dan ganas daripada pihak luar. Pihak berkuasa telah menyatakan kepakaran membuat bom yang telah diperolehi pakar tempatan. Dengan gesaan dan desakan “militant” dari luar ancaman ini mungkin akan menjadi realiti di Malaysia.

Oleh itu, kerajaan perlu berhati – hati dalam apa jua tindakan dan dasar luar negara supaya tiada campur tangan tanpa keperluan dalam hal ehwal negara yang bergelora terutamanya di Timur Tengah. Malangnya dasar berkecuali dan tidak campur tangan Malaysia sejak zaman Tun Razak menjadi Perdana Menteri tidak diamali lagi oleh kerajaan hari ini.

1. Mengapakah Malaysia menghantar tentera kita dalam latihan ketenteraan besar-besaran Asia barat di Arab Saudi baru-baru ini ?

2. Malaysia tidak pun masuk dalam definisi Asia Barat dan hanya Negara Arab dan Afrika serta rantau tersebut yang menyertainya. Indonesia dan Turki pun tidak mengambil bahagian ! Sedarkah Malaysia, latihan itu adalah persiapan serangan darat ke atas Syria dan rantau lain di Timur Tengah.

3. Latihan tersebut dipanggil “north thunder” adalah kumpulan kedua terbesar selepas operasi desert storm yang ditaja oleh Amerika dan kumpulan yang menyertai adalah Axis Pro-Amerika.

Malaysia bukanlah sebahagian daripada asia barat dalam kumpulan latihan tersebut.

Malaysia juga bukan dari utara untuk layak menyertai latihan north thunder…!

Malaysia Negara Timur dan terletak di Equator jauh dari utara.!

Kerajaan Malaysia telah bertindak tidak bertangung jawap dengan mendedahkan negara kepada bahaya serangan militant Timur Tengah yang marah dengan campur tangan kita.

Apa telah terjadi kepada dasar tidak campur tangan kita. ?
Campur tangan Arab Saudi dalam masalah Yaman telah mengorbankan 6,000 nyawa dan 3,000 daripadanya adalah orang awam dimana hospital, sekolah, pasar dan rumah awam. Beberapa hari lepas hakim serta peguam Yaman mengadakan demonstrasi kerana rumah hakim kanan Yaman telah dibom dari udara oleh tentera yang diketuai Arab Saudi. Menteri Luar Arab Saudi, Al Jubeir (orang sama yang menyatakan keluarga di raja Saudi tidak memberi derma kepada Dato’ Seri Najib) menyatakan mereka takut domino theory Iran akan mengancam Arab Saudi. Dalam masa yang sama pakar Timur Tengah Kanan Amerika, Robert Malley menyatakan ini “bukan peperangan masalah Amerika” . Amerika hanya membekalkan senjata dan bom. Ini jelas menujukan situasi proxi war Amerika menggunakan orang Islam memerangi sesama islam. Situasi sama di iraq dan syria yg kini sudah hancur. Kenapa malaysia membenarkan negara diperalatkan oleh kuasa besar ?

Oleh itu saya mendesak:
1. Dato’ Seri Najib memberi penjelasan justifikasi penglibatan Malaysia dalam latihan “north thunder” di Asia Barat (kita Di Timur Asia) jauh luar dari kawasan kita yang terletak jauh di selatan.
(Indonesia dan Turki pun tidak terlibat)

2. Mengapakah Keselamatan Malaysia diperjudikan dalam ehwal negara yang jauh dari kita dan rakyat sendiri diletakan dalam bahaya pengganas bertindak balas.

3. Adakah penglibatan Malaysia untuk mengambil hati kerajaan Arab Saudi dalam isu menyatakan derma RM 2.6 billion kepada Dato’ Seri Najib daripada Arab Saudi ?

Kalau ini adalah motif utama, ini adalah tindakan sangat tidak bertanggung jawab dan memperjudikan nyawa rakyat Malaysia demi kepentingan peribadi semata-mata !

Apakah polisi luar kita?
Kami mohon penjelasan segera.

Raja Bahrin Shah
Pengerusi Biro Antarabangsa
Parti Amanah Negara
16 March 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s