Pengerusi Kanun (MP Sepang): Salah laku awam Ketua Polis Negara

Salah laku awam Ketua Polis Negara ( IGP ) dalam kes polis tembak arwah adik Aminulrasyid

1. Saya percaya ramai bersyukur dan gembira bila Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan semalam bahawa polis yang tembak arwah adik Aminulrasyid Amzah dan Ketua Polis Negara ( IGP ) diperintahkan bayar gantirugi RM 414,800 kepada kakak dan ibu almarhum yang menjadi Plaintif dalam kes saman tersebut.

2. Yang saya nak kongsi di sini lebih kepada keputusan Mahkamah yang putuskan IGP kena bayar gantirugi ( untuk beliau mahkamah arah bayar RM100,000.00 ) kepada Plaintif kerana telah melakukan kesalahan tort yang dikenali sebagai “misfeasance in public office” ( salah laku/kemungkiran dalam penjawatan awam ).

3. Salahlaku dalam penjawatan awam adalah termasuk dalam kesalahan tort iaitu kes di mana penjawat awam yang menggunakan kuasa awamnya telah menggunakan kuasa itu secara salah dan tidak sah. Ia boleh mengakibatkan penjawat awam itu disaman seperti dalam kes adik Aminulrasyid ini.

4. Dalam kes arwah adik Aminulrasyid ini, IGP disaman kerana beliau telah dikatakan melakukan tort “misfeasance in public office “‘. Macam mana IGP dikatakan telah lakukan tort itu ?

5. Mahkamah putuskan IGP ( pada masa tu beliau adalah Ketua Polis Selangor ) bersalah melakukan kesalahan “misfeasance in public office” apabila beliau dalam sidang akhbarnya cuba melindungi salah laku polis yang tembak itu dengan mendakwa kononnya ada parang dalam kereta yang dipandu oleh adik AminulRasyid sedangkan Mahkamah putuskan tidak dapat dibuktikan parang itu wujud dan apakah motif guna parang kalau parang itu sendiri tiada.

6. Jadi, kes adik Aminul Rasyid ini menjadi satu pengajaran kepada penjawat awam agar tidak dengan sewenang wenangnya salah guna kuasa awam yang diamanahkan kepada mereka.

7. Untuk menyaman kes “misfeasance in public office” kita kena buktikan pelaku itu adalah seorang penjawat awam, dia telah guna kuasa awamnya,dan dalam penggunaan kuasanya itu, ia telah menggunakannya dengan salah dan secara tidak sah dan juga dengan niat yang jahat. Akhirnya akibat daripada penyalahgunaan kuasa itu, ia menyebabkan kerugian kepada mangsa.

7. Giliran IGP menyalahguna kuasa awam telah disahkan oleh Mahkamah . Kini kita sama sama menunggu giliran PM Najib yang disaman oleh Tun Mahathir juga atas alasan yang sama iaitu “misfeasance in public office”‘dalam kes 2.6b. Tunggu keputusan Mahkamah nanti insyaAllah.

‪#‎Moga‬ Allah merahmati ruh arwah adik Aminul Rasyid dan juga keluarga arwah..ameen Ya Rabb”#

Wallahu ‘alam

25.03.2016

Pengerusi Kanun
Parti Amanah Negara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s