Serangan pengganas di Turki

 

KENYATAAN AKHBAR

SERANGAN PENGGANAS DI TURKI

Kami melihat dengan kesedihan dan terharu tragedi mutakhir yang telah melanda Turki yang telah meragut lebih banyak nyawa. Serangan bom berani mati ditengah kawasan pelancongan Istanbul merupakan satu tamparan hebat kepada Turki yang telah menanggung 4 serang besar di Angkara dan Istanbul.

Keseriusan masalah ini ditambah dengan masalah Turki di sempadan mereka dengan menangani isu-isu setempat dan kekecohan rakyat Syria dan ancaman berkait dengan militant Islam yang telah melimpah ke dalam Turki. Sedang masalah setempat adalah rencam, kehadiran pelarian akibat perang di Syria telah menempatkan sekitar 3 juta pelarian ke dalam Turki. Ini dan ancaman pengganas sangat membebankan Negara.  Persetujuan terbaru Kesatuan Eropah yang membuat Turki menerima semula pelarian yang telah menyeberang ke Eropah akan lebih membebankan sumber-sumber Turki.

Respon Amanah terhadap Turki

Kami sangat bersimpati dengan masalah besar dan beban yang telah melanda Turki. Kami harap rakyat  Turki dan komuniti antarabangsa terus teguh menyokong Presiden dan Perdana Menteri Turki. Kami harap akan terus teguh dan menjadi Negara Islam contoh yang menanggung tanggung jawab mengendalikan ketibaaan berjuta pelarian yang kebanyakannya Islam.

Semoga Allah terus member hidayah dan kekuatan kepada rakyat dan Kerajaan Turki dalam menghadapi dugaan dan tragedy.  Kami juga berharap Negara Islam lain, termasuk Malaysia, memanjangkan bantuan kepada Turki dalam menghadapi ancaman pengganas dan kebanjiran pelarian dengan semangat persaudaraan Islam, InSyaAllah.

Raja Bahrin Shah

Pengerusi Biro Antarbangsa

Parti Amanah Nasional

21 Mac 2016

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s