MP Sepang:Konflik CEO MAIWP

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : YB TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

TARIKH                                : 23 MAC 2016

SOALAN                               :

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan

a) adakah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) masih membenarkan CEO MAIWP memegang jawatan CEO tersebut dalam keadaan terbukti jawatan yang dipegang itu adalah ultra vires seksyen 14(2) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505; dan

b) adakah Seri Paduka Yang Dipertuan Agong telah diberi maklumat yang betul dan sahih tentang CEO MAIWP yang ultra Akta 505 tersebut

JAWAPAN                           :

Tuan Yang Di Pertua,

a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Majlis Agarna Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kali ke-92 yang bersidang pada 3 Mac 2005 telah bersetuju mengasingkan struktur organisasi MAIWP dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagaimana yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Audit Negara (JAN). Mesyuarat tersebut juga bersetuju melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) yang bukan dari pegawai JAWI bagi mengetuai organisasi dan melaksanakan fungsi-fungsi MAIWP secara berasingan terus dari fungsi-fungsi JAWI. Oleh itu, MAIWP telah mengemukakan cadangan pengstrukturan semula organisasi kepada JPA. Lanjutan itu, JPA pada tahun 2007 telah meluluskan waran perjawatan termasuk mewujudkan jawatan KPE MAIWP.

Dimaklumkan juga bahawa Mesyuarat MAIWP telah memberikan kuasa kepada KPE MAIWP untuk menjalankan kuasa pentadbiran dan pengurusan MAIWP. Walau bagaimanapun, bagi perkara-perkara yang melibatkan implikasi undang-undang seperti menandatangani kontrak, minit-minit mesyuarat MAIWP, penyata kewangan, pengurusan pelaburan dan lain-lain masih dilaksanakan oleh Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP.

b) Minit mesyuarat MAIWP kali ke-92 yang membincangkai mengenai pengasingan struktur MAIWP dan JAWI telah diangkE dan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong pada 15 April 2005.

Sekian, terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s