MP Sepang: Kerajaan tidak akan pinda Akta Kebebasan Maklumat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : YB TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

TARIKH                                : 28 MAC 2016

SOALAN                               :

YB Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia menggubal Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act) bagi memastikan urus tadbir Kerajaan lebih telus dan bertanggungjawab; dan jika ya, bila akan digubal dan jika tidak mengapa Kerajaan enggan menggubal Akta seperti itu.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua.

Untuk makluman, Kerajaan tidak bercadang untuk menggubal Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act) memandangkan mana-mana individu di Malaysia adalah secara bebas mendapatkan apa jua maklumat berkaitan dengan Kerajaan melalui pelbagai saluran media rasmi seperti laman web, laporan tahunan, hasil terbitan seperti jurnal dan lain-lain atau media sosial lain seperti facebook, twitter dan seumpamanya kecuali jika ia melibatkan keselamatan, pertahanan, perdagangan/ekonomi, pembangunan, sosio budaya, politik serantau dan hubungan antarabangsa. Dalam hal ini, Kerajaan telah melaksanakan data terbuka sektor awam melalui Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2015 yang bertarikh 30 September 2015.

Pelaksanaan data terbuka sektor awam merujuk kepada data Kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. la berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat.

Disamping itu, pelaksanaan data terbuka sektor awam melalui perkongsian data Kerajaan akan dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi Negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan

Sekian. terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s