MP Kuala Terengganu: Program Penempatan Sementara Migran Syria

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH

TARIKH                                : 23 MAC 2016

SOALAN                               :

Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah dasar Malaysia tentang penerimaan permohonan pelarian-pelarian perang Syria yang ingin meminta perlindungan di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua,

Ingin dijelaskan di sini, bahawa pendekatan pelaksanaan Program Penempatan Sementara Migran Syria perlu jelas dan konsisten menggunakan terminologi `migran’ dan bukan ‘pelarian’ memandangkan Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967. Tambahan pula, tiada peruntukan atau takrifan khusus di dalam perundangan domestik negara yang menyentuh mengenai ‘pelarian’ termasuk Akta Imigresen 1959/63.

Sehubungan itu, Kerajaan sangat berhati-hati dalam melaksanakan program ini agar tidak akan menggambarkan Malaysia bercanggah dengan pendirian tidak mengiktiraf `pelarian’ dan menimbulkan kesan preferential treatment berbanding pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memegang kad United Nations High Commissioner For Refugees (UNHCR) sedia ada dalam negara.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa bantuan yana diberikan kepada kumpulan migran Syria ini adalah atas dasa atau prinsip kemanusiaan dalam membantu dan memberikan perlindungan kepada mereka daripada sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan mereka. Tambahan pula keberadaan mereka adalah bagi tempoh sementara dan kerajaan juga telah menyediakan exit policy yang telah menetapkan bahawa kumpulan migran Syria ini akan pulang semula ke Syria apabila keadaan di negara tersebut kembali kepada keadaan asal dan stabil.

Kerajaan telahpun menubuhkan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang berfungsi menetapkan parameter dasar dan mekanisme bagi pelaksanaan program ini. la juga bertindak sebagai focal point dalam mewujudkan keseragaman serta menetapkan garis panduan yang jelas mengenai peranan dan tindakan yang perlu diambil oleh kesemua agensi kementerian yang terlibat. Keahlian PPK tersebut adalah terdiri daripada pelbagai agensi Kerajaan termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan iaitu Syria Care Malaysia, Muslim Care Malaysia, Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia, Yayasan Restu, Malaysia Lifeline for Syria, Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), Angkatan Belia lslam Malaysia (ABIM), IMAM Response & Relief Team (IMARET) dan Humanitarian Care Malaysia (MyCare).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s