MP Kuala Terengganu: Pemantauan penambakan kawasan pantai

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH

TARIKH                                 : 28 MAC 2016

SOALAN                               :

Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian memantau keperluan kajian alam sekitar dalam kerja-keria penambakan kawasan pantai dan memastikan kerja mengikut peraturan ditetapkan (sequence) apabila dilaksanakan.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aktiviti penambakan kawasan pantai atau penebusgunaan kawasan pantai merupakan aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Pemaju projek dikehendaki menyediakan laporan EIA dengan menjalankan kajian impak ke atas isu-isu kritikal alam sekitar. Laporan EIA tersebut hendaklah mengandungi cadangan langkah-langkah pencegahan dan kawalan punca pencemaran yang berkesan, program pemantauan alam sekitar dan jadual aktiviti pelaksanaan projek di semua peringkat pembangunan projek.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas projek berdasarkan kepada jadual berkala bagi memastikan semua syarat-syarat kelulusan laporan EIA yang telah diluluskan dipatuhi sepenuhnya oleh pemaju projek.

Sekian. Terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s