Adakah perbuatan PM terima derma 2.6b adalah satu rasuah? -Part 1

Adakah perbuatan PM terima derma 2.6b adalah satu rasuah? -Part 1

1. Di bawah seksyen 3 Akta SPRM 2009, derma termasuk dalam definisi “suapan” ( bribery ). Adakah menerima derma dengan sendirinya ( per se ) satu rasuah ?

2. Jawapannya bergantung kepada siapa dan bagaimana seseorang itu terima derma itu. Adakah tindakan PM terima 2.6b dari penderma daripada Arab adalah satu rasuah di bawah Akta SPRM?

3. Dalam perbahasan saya di Parlimen bari baru ini, saya katakan PM boleh dan wajar didakwa melakukan kesalahan rasuah di bawah seksyen 23 ( 1 ) dan 25 ( 1 ) Akta SPRM.

4. Berikut adalah alasan alasan saya. Pertamanya seksyen 23 ( 1 ) menyatakan bahawa mana mana pegawai badan awam yang gunakan kedudukan atau jawatannya menerima suapan sama ada bagi pihak dirinya, saudaranya atau sekutunya andalah melakukan kesalahan.

5. Ada beberapa elemen yang perlu wujud untuk seseorang didakwa di bawah seksyen 23 ( 1 ) tersebut. Pertamanya orang itu mestilah pegawai badan awam. Elemen ini jelas terpakai kepadan PM. Mengapa ?

6. Seksyen 3 Akta itu menyatakan antara lain pegawai badan awam adalah orang yang jadi anggota , pekerja atau pengkhidmat badan awam dan juga termasuk Ahli Parlimen. PM adalah anggota dan pengkhidmat Kabinet iaitu badan awam dan ia juga Ahli Parlimen maka PM termasuk dalam definisi pegawai badan awam.

7. Elemen kedua adalah menerima suapan. Yang ini juga jelas kerana derma termasuk dalam definisi suapan. Maka terima derma 2.6b adalah dikira menerima suapan di bawah seksyen 23 ( 1 ) .

8. Elemen ketiga adalah terima suapan itu sama ada bagi pihak dirinya atau saudaranya atau sekutunya. Dalam kes PM, ia kata derma 2.6b bukan untuk dirinya tapi untuk orang lain. Telah jadi pengetahuan awam dan ini diakui sendiri oleh beberapa pemimpin Umno sendiri bahawa derma 2.6b itu untuk Umno bagi digunakan untuk pilihanraya umum yang lalu. Jadi ia termasuk dalam makna menerima suapan bagi pihak sekutunya.

9. Dalam seksyen 3 makna sekutu adalah antara lain beerti “‘sekutu”‘bagi pihak seeorang itu ertinya ( c ) mana mana organisasi yang ia terlibat dan mempunyai tanggungjawab mengawal dan juga ada kepentingan.

10. Sebagai PM dan Presiden Umno, PM tidak syak lagi terlibat dengan Umno dan ada kepentingan dan tanggungjawab ke atas Umno.

11.Elemen terakhir adalah menggunakan kedudukan atau jawatannya. Seksyen 23 ( 2 ) menyatakan mana mana pegawai badan awam yang terima suapan bagi pihak sekutunya dan dalam masa yang sama juga ada kepentingan dalam perkara itu dianggap telah menggunakan kedudukan atau jawatannya.

12.Sebagai calon Umno dalam pilihanraya umum yang lalu dan sebagai Presiden Umno , maka PM, sepertimana Umno, juga ada kepentingan gunakan duit RM 2.6b itu dalam pilihanraya itu. Ini bermakna PM juga telah gunakan kedudukan atau jawatannya.

13. Kesimpulannya PM sebagai pegawai badan awam telah menerima suapan dalam bentuk derma sebanyak 2.6 bilion bagi sekutunya Umno , organisasi yang ia terlibat untuk digunakan dalam pilihanraya umum yang PM juga ada kepentingan sebagai salah seorang calon Umno. Maka ia telah gunakan kedudukan atau jawatannya untuk hal tersebut.

14. Jadi, PM wajar didakwa di bawah seksyen 23 ( 1 ) Akta SPRM 2009 yang kalau bersalah boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun.

Wallahu ‘alam

22.3.2016

Pengerusi Kanun
Parti Amanah Negara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s