MP Sepang: Kutipan GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : Y.B. TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

TARIKH                                : 21.03.2016

SOALAN                               :

Y.B. TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN [ SEPANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) berapakah jumlah sebenar keseluruhan kutipan GST yang Kerajaan perolehi sehingga 31 Disember 2015; dan

(b) dan daripada jumlah di (a) di atas , berapa jumlah yang telah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan (Consolidated Fund) dan berapakah pula jumlah yang TIDAK dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan dan mengapa ia tidak dimasukkan dan dimana ia disimpan.

JAWAPAN                           :

(a) Untuk makluman Yang Berhormat, hasil bersih kutipan GST iaitu setelah mengambil kira tuntutan kredit ke atas GST di peringkat input perniagaan bagi tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM27.012 bilion.

(b) GST merupakan hasil Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, kesemua kutipan tersebut akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bersama hasil-hasil Kerajaan Persekutuan yang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s