MP Kuala Krai: Hutang negara merunsingkan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : Y.B. DR. MOHD HATTA BIN MD. RAMLI

TARIKH                                : 16.03.2016

SOALAN                               :

Y.B. DR. MOHD HATTA BIN MD. RAMLI [ KUALA KRAI] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Iangkah-Iangkah Kerajaan mengatasi dan mengawal hutang negara dari melepasi paras siling 55%.

JAWAPAN                           :

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

  1. Kerajaan terus komited dalam memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi 55% daripada KDNK. Bagi memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan kekal rendah dan terurus, langkah konsolidasi fiskal akan terus diamalkan bagi mengurangkan paras deficit secara berperingkat. Kedudukan ini seterusnya akan mengurangkan keperluan Kerajaan untuk meminjam dan dapat menurunkan paras hutang. Kepatuhan yang tegas terhadap disiplin fiskal serta pengurusan hutang yang baik terus diberikan penekanan bagi memastikan kedudokan fiskal dan makroekonomi terus kukuh serta dapat menampan sebarang krisis.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat

  1. Bagi memastikan paras hutang adalah terkawal dan terurus beberapa langkah kawalan berikut perlu di patuhi iaitu:

i.Memastikan perbelanjaan mengurus sentiasa dibiayai melalui hasil negara dan seterusnya memastikan sebahagian daripada hasil negera tersebut menampung sebahagian perbelanjaan pembangunan;

ii. Mengawal perbelanjaan dan memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berhemat, cekap dan berkesan serta memberi penekanan kepada outcome, bagi mengelakkan pembaziran;

iii. Pinjaman Kerajaan adalah semata-mata untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. Pinjaman ditumpukan kepada perbelanjaan pembangunan bagi projek berimpak tinggi yang akan memberi pulangan kepada negara dan rakyat dalam tempoh jangka masa panjang; dan

iv. Meneruskan dasar semasa Kerajaan dalam mengutamakan pinjaman dalam negeri yang tidak menyebabkan inflasi, dengan mengambil kira mudah tunai yang tinggi dan kos pinjaman yang lebih murah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat

  1. Kerajaan yakin dengan Iangkah-langkah tersebut akan membolehkan paras hutang Kerajaan Persekutuan dapat dikawal dan seterusnya dikurangkan menjelang tahun 2020. Pada masa ini, Malaysiadikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana dengan paras hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK kekal terurus.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s