MP Shah Alam: Kouta Rakyat Malaysia dalam Sekolah Antarabangsa

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : Y.B. TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD

TARIKH                                 : 8 MAC 2016

SOALAN                               :

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dasar Kerajaan terhadap sekolah-sekolah antarabangsa dan jumlah bilangan sekolah tersebut di seluruh negara.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sekolah antarabangsa ialah institusi pendidikan yang menawarkan program pendidikan peringkat tadika, rendah, menengah dan lepasan menengah dengan menggunakan kurikulum negara luar serta menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 1 Tahun 2012 bertarikh 18 Jun 2012, dasar kemasukan murid warganegara ke sekolah antarabangsa, memperuntukkan tiada kuota ditetapkan ke atas pengambilan murid warganegara ke sekolah tersebut. KPM telah mengeluarkan Garis Panduan Kemasukan Murid Warganegara Ke Sekolah Antarabangsa yang perlu dipatuhi bersama-sama dengan SPI tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2016, KPI telah mendaftarkan sebanyak 116 buah sekolah antarabangsa deng. bilangan murid sebanyak 50,581. Daripada jumlah itu, 28,797 adalah warganegara manakala selebihnya 21,784 adalah bukan warganegara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s