MP Sepang: 54,406 telah melepaskan kerakyatan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

TARIKH                                : 10 MAC 2016

SOALAN                               :

TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN [ Sepang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah rakyat Malaysia yang telah melepaskan kerakyatan mereka setiap tahun bermula tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015 dan 2016 dan apakah alasan-alasan mereka.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, terdapat  dua (2) cara penamatan kewarganegaraan Malaysia, sama ada melalui tindakan ataupun melalui  tindakan pelucutan (deprivation) ataupun melalui pelepasan (surrender). Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), semenjak tahun 2010 sehingga 31 Januari 2016 menunjukkan seramai 54,406 orang warganegara Malaysia telah membuat pelepasan kewarganegaraan mereka dan perincian mengikut tahun adalah seperti mana berikut:-

Tahun

Jumlah (Orang)

2010

10,644

2011

11,080

2012

8,983

2013

6,678

2014

7,843

2015

8,076

2016

1,102

Jumlah Keseluruhan (Orang)

54, 406

 

Dalam hal ini, alasan pelepasan adalah kerana mereka telah memilih untuk tidak meneruskan menjadi warganegara Malaysia dan telah memperolehi kewarganegaraan negara lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s