MP Parit Buntar: Vape tidak diharamkan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATMALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : YB DATO’ DR. MUJAHID YUSOF RAWA

TARIKH                                : 15 MAC 2016

SOALAN                               :

YB DATO’ DR. MUJAHID YUSOF RAWA [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana pengharaman penggunaan vaper oleh negeri-negeri ditangani oleh Kementerian dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap pihak-pihak yang ingkar terhadap larangan tersebut.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih atas soalan-soalan yang telah dikemukakan. Untuk makluman Tuan Di Pertua dan Ahli Dewan, Kerajaan Malaysia melalui keputusan Jemaah Menteri pada 30 Oktober 2015 telah memutuskan bahawa rokok elektronik dan vape tidak akan diharamkan tetapi akan dikawal selia.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentang satu Nota Makluman kepada Jemaah Menteri telah diadakan pada 29 Januari 2016. Taklimat ini bertujuan untuk menyatakan pendirian KKM berkaitan isu kawalan rokok elektronik dan vape demi menjaga kesihatan rakyat Malaysia. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga telah membentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Februari 2016.

Susulan daripada ini, mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Januari 2016 serta 24 Februari 2016, telah memutuskan bahawa sebarang kenyataan yang mendakwa penggunaan rokok elektronik atau vape adalah selamat tidak boleh diterima sebagai satu kenyataan saintifik. Turut diputuskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengawal selia dengan ketat rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin di bawah Akta Racun 1952 sedia ada atau di bawah undang-undang baru yang khusus bagi mengawal kebolehdapatan dan kandungan bahan-bahan cecair termasuk nikotin.

Satu siri mesyuarat sedang dijalankan yang akan berakhir dengan satu mesyuarat pengurusan tertinggi pada pertengahan April 2016. Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, (KPDNKK) dan Jabatan Standards Malaysia, di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan bersama-sama mengeluarkan satu kertas kerja untuk memuktamadkan pengawalan produk ini.

Tuan yang di-Pertua,

Pihak KKM telah membentuk satu Jawatankuasa Teknikal Bagi Mengkal, Kesan Rokok Elektronik dan Shisha Terhadap Kesihatan pada 26 Julai 2013, yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Dr Hj Abdul Razak bin Abdul Muttalif dari Institut Perubatan Respiratori. Jawatankuasa ini telah mengadakan siri perbincangan dan membuat analisa terhadap kajian, kajian saintifik dari luar negara termasuk kertas laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan International Union Against Tuberculosis and Lung Disease (IUTLD).

Jawatankuasa ini telah merumuskan bahawa:

  1. Sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan bahawa penggunaan rokok elektronik membantu perokok berhenti merokok, malah kebanyakan pengguna akan menjadi ‘dual users’ dan terdedah kepada risiko kesihatan akibat merokok dan juga vape;
  2. Penggunaan rokok elektronik atau vape dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan yang diketahui serta risiko kesihatan jangka masa panjang yang belum diketahui;
  3. Penggunaan rokok elektronik atau vape meningkatkan risiko bukan perokok terutamanya remaja dan juga wanita untuk membentuk ketagihan nikotin dan berisiko menjadi perokok, dan
  4. Peranti rokok elektronik atau vape berpotensi untuk disalahgunakan untuk penggunaan dadah-dadah terlarang seperti ganja, ecstasy dan heroin.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s