MP Parit Buntar: Jumlah Pelaburan Malaysia

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN    : LISAN

DARIPADA          : Y.BHG. DATO’ DR. MUJAHID YUSOF RAWA

TARIKH                : 8 MAC 2016

SOALAN               :

Y.BHG. DATO’ DR. MUJAHID YUSOF RAWA minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kempen Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan senarai negeri-negeri yang mendapat manfaat dari kempen tersebut serta jumlah pelaburan yang diterima.

JAWAPAN           :

Tuan Yang Dipertua,

Pelbagai kempen dan insitiatif telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memastikan Malaysia terus kekal sebagai sebuah destinasi pelaburan yang strategik. Antaranya adalah:

i. Menganjurkan lawatan kerja dan misi-misi penggalakan pelaburan ke negara-negara sasaran terpilih terutamanya yang dianjurkan oleh agensi di bawah Kementerian ini seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk menarik peluang-peluang pelaburan yang baharu.

Lawatan kerja dan misi-misi penggalakan pelaburan ini ada yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri seperti US-ASEAN Leaders Summit di Amerika Syarikat (12-17 Februari 2016), lawatan kerja ke San Francisco (15-21 Februari 2016) serta Jeddah Economic Forum (1-3 Mac 2016). YB Menteri MITI dan MIDA pula telah menganjurkan misi penggalakan pelaburan ke New Zealand (2-5 Februari 2016) dan Thailand (1-2 Mac 2016).

Di samping itu, pihak Kerajan Negeri dan pihak pembangunan wilayah koridor ekonomi juga turut menganjurkan program-program penggalakan pelaburan. Sebagai contoh, pada 20-23 Januari 2016 lalu, Kerajaan Negeri Johor telah menganjurkan sebuah misi pelaburan dan perdagangan ke negara Jepun yang memfokuskan sektor minyak dan gas serta industri halal.

ii. Memperkenalkan “pendekatan berfokus” dan “pendekatan ekosistem” untuk menarik pelaburan berkualiti seperti industri bernilai ditambah tinggi, industri berteknologi tinggi dan berintensifkan modal, industri berintensifkan pengetahuan serta aktiviti-aktiviti penyelidikan. Dalam konteks ini, pelbagai galakan pelaburan berbentuk fiskal dan bukan fiskal bagi mempromosikan industri-industri tersebut telah diperkenalkan dan ditambahbaik secara berterusan;

iii. Membangunkan rantaian bekalan dengan melengkapkan hubungan rantaian industri sama ada industri huluan sedia ada dan industri hiliran yang baharu;

iv. Memastikan penyelarasan yang lebih baik di antara semua agensi Kerajaan dan swasta berkaitan bidang pelaburan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah Program Transformasi Ekonomi, melalui Jawatankuasa Pelaburan yang dipengerusikan bersama oleh Menteri MITI dan Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU; dan

v. Menambahbaik sistem penyampaian Kerajaan melalui Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).

Selain itu, pihak pembangunan wilayah koridor ekonomi juga memainkan peranan penting untuk mempromosi kemasukan pelaburan ke dalam negara, dengan menyediakan infrastruktur yang bersesuaian dengan aktiviti di koridor-koridor di bawah bidang kuasa mereka.

Tuan Yang Dipertua,

Usaha Kerajaan dalam menjalankan inisiatif penggalakan pelaburan dijalankan di seluruh Malaysia, dan tidak hanya tertumpu kepada sesebuah negeri sahaja. Walau bagaimanapun, keputusan mutlak untuk menempatkan sesebuah projek di mana-mana negeri di Malaysia adalah terpulang kepada para pelabur itu sendiri, bergantung kepada kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh strategi perniagaan mereka.

Bagi tahun 2015, sebanyak 680 projek di dalarn sektor perkilangan telah diluluskan ke seluruh negara, dengan nilai pelaburan sebanyak RM74.7 bilion. Daripada jumlah tersebut RM52.8 bilion (atau 70.7 peratus) merupakan pelaburan domestik dan RM21.9 bilion (atau 29.3 peratus) merupakan pelaburan asing.

Dalam tempoh yang sama, pelaburan sektor perkilangan yang diluluskan tertumpu kepada lima buah negeri iaitu:

  • Johor RM31.1 bilion;
  • Sarawak RM11.8 bilion;
  • Selangor RM8 bilion;
  • Melaka RM6.9 bilion; dan
  • Pulau Pinang : RM6.7 bilion.

Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang bersesuaian untuk terus meningkatkan kemasukan pelaburan ke Malaysia, dan seterusnya mencapai sasaran pelaburan tahunan sebanyak RM291 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s