MP Parit Buntar: Hanya 27% lepasan SPM masuk IPTA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          :  Y.B. DATO’ DR. MUJAHID YUSOF RAWA

TARIKH                                : 10.3.2016 (KHAMIS)

SOALAN                               :

Y.B. Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan berapa ramaikah pelajar lepasan SPM dari tahun 2012 hingga kini yang tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka di peringkat lebih tinggi dan kenapa.

JAWAPAN           :

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tempoh tiga tahun 2012 hingga 2014, secara puratanya seramai 466.255 pelajar telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Dari jumlah ini sebanyak 31.2% telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Daripada permohonan tersebut, seramai 85.9% pelajar telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Iebih tinggi.

Kerajaan amat prihatin dan komited untuk meningkatkan akses pendidikan di peringkat lebih tinggi dengan menyediakan pelbagai saluran. Selain daripada kemasukan ke IPTA di bawah KPT, saluran pengambilan pelajar turut disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti laluan ke tingkatan enam, matrikulasi, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan lain-lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s