MP Kuala Terengganu: Nelayan terkesan dengan TPPA

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : Lisan

DARIPADA                          : Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah

TARIKH                                : 10 Mac 2016

SOALAN                               :

Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu]minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah dan tindakan Kementerian untuk menyediakan nelayan-nelayan negara kita bagi menghadapi saingan hebat daripada tangkapan laut Negara-negara asing melalui perjanjian TPPA.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan perundangan sedia ada, tiada vesel perikanan asing yang dibenarkan menangkap ikan di dalam Perairan Perikanan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Di bawah TPPA, tiada fleksibiliti kepada perundangan sedia ada (Akta Perikanan 1985) dan Malaysia tidak terikat untuk membenarkan mana-mana ahli TPPA untuk meneroka sumber perikanan Malaysia. lanya tetap menjadi hak kedaulatan (sovereign right) Malaysia dan telah menyenaraikan hal ini sebagai ‘non-conforming measures’ dalam Bab Cross Border Trade in Service & Investment.

Perjanjian TPPA akan memberi kesan positif kepada sektor perikanan Negara kerana penghapusan duti import ke atas semua produk perikanan oleh semua pihak TPP yang akan menjadikan eksport makanan laut Malaysia lebih berdaya saing. Selain itu, penghapusan duti import oleh Malaysia tidak akan terjejas kerana 90% daripada produk perikanan tidak mempunyai duti import.

Kebanyakan negara-negara pengeksport utama produk perikanan dalam TPP iaitu Jepun, Australia, Vietnam telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Malaysia sama ada secara dua hala atau di bawah platform ASEAN. la adalah jelas bahawa walaupun selepas menandatangani FTA, tidak ada kesan negatif kepada industri perikanan tempatan.

Malaysia adalah pengeksport produk perikanan yang kukuh. Pada tahun 2012 dan 2013, 87% daripada jumlah eksport produk perikanan Malaysia adalah untuk negara-negara TPP, dengan nilai purata RM1.71 billion. Sebaliknya, import produk itu daripada negara-negara TPP bagi tempoh yang sama adalah hanya RM534 juta.

Pada tahun 2014, imbangan dagangan bagi sektor perikanan di antara Malaysia dan TPP memihak kepada Malaysia sebanyak RM1.34 bilion. Malaysia juga dijangka akan memperolehi akses pasaran lebih besar daripada perjanjian TPPA kerana semua negara TPP akan menghapuskan duti ke atas 100% produk perikanan dari Malaysia. lni akan meningkatkan daya saing produk perikanan Malaysia di negara TPP berbanding negara pesaing Malaysia yang tidak menganggotai TPP sepertiThailand dan Indonesia. Malahan Malaysia mempunyai paluang lebih baik untuk mengeksport ke negara-negara yang belum membuat perjanjian perdangangan (FTA) dengan Malaysia seperti Amerika Syarikat, Mexico, Peru dan Canada.

Oleh yang demikian, Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani berpandangan bahawa nelayan-nelayan Malaysia dijangka tidak akan terjejas daripada persaingan dengan produk perikanan TPPA. Hal ini kerana sektor perikanan Malaysia mendapat faedah daripada peningkatan eksport  kesan penghapusan duti yang meningkatkan daya saing produk perikanan negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s