MP Kuala Terengganu: Nasib pekerja PETRONAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : Y.M. RAJA DATO’ KAMARUL BAHRIN SHAH

TARIKH                               : 15 MAC 2016

SOALAN                               :

Y.M. Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan jangka masa pendek dan sederhana Kerajaan untuk PETRONAS memandangkan kejatuhan hampir 50,000 peluang pekerjaan pekerja-pekerja di bawah PETRONAS.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Mulia Dato’ dan Y.Bhg. Dato’ Seri, sepertimana syarikat-syarikat minyak antarabangsa yang lain, penurunan harga minyak mentah antarabangsa turut memberi kesan langsung kepada PETRONAS. Bagi tahun kewangan 2015, purata harga minyak mentah antarabangsa “Dated Brent” telah jatuh sebanyak 47%, iaitu USD52.46 setong berbanding dengan tahun kewangan 2014 iaitu USD98.99 setong.

Berikutan dengan ini, keuntungan selepas cukai Kumpulan PETRONAS tidak termasuk “impairments” juga turut jatuh sebanyak 42% (2015: RM39.8 billion, 2014: RM69.2 billion). Pembayaran cukai kepada Kerajaan bagi tahun kewangan 2015 adalah sebanyak RM15.9 bil berbanding RM32.5 bil pada tahun 2014. Manakala, pembayaran royalti kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan-Kerajaan Negeri bagi tahun kewangan 2015 berjumlah sebanyak RM10.2 bilion berbanding RM12.6 bilion bagi tahun 2014.

Lantaran itu, PETRONAS sentiasa mengamalkan prinsip perbelanjaan yang berhemah sebagai langkah proaktif supaya sentiasa bersedia di dalam menghadapi keadaan pasaran industri minyak dan gas yang tidak menentu. Tindakan ini mempersiapkan PETRONAS di dalam menghadapi kemerosotan harga minyak global semasa serta bagi menghadapi cabaran faktor luaran yang sentiasa berubah-ubah dimasa terdekat. Keadaan Ini telah memberi impak negatif kepada syarikat-syarikat minyak dan gas di seluruh dunia termasuk PETRONAS.

Diantara langkah-langkah yang diambil oleh PETRONAS adalah seperti berikut:

  1. Dari segi penjimatan kos, PETRONAS akan melakukan pengurangan perbelanjaan modal (CAPEX) dan operasi (OPEX) diantara RM15 – RM20 bilion bagi tahun 2016. Selain itu, PETRONAS juga akan melakukan penilaian semula pelaburan akan datang dengan memberi keutamaan kepada projek-projek yang lebih berdaya maju, serta memberi nilai tambah yang optimum termasuk rundingan semula kontrak bagi mengurangkan kos operasi.
  2. Dari sudut pengeluaran, tahap pengeluaran sedia ada akan dikekalkan di mana kadar pengeluaran minyak domestik PETRONAS adalah sekitar 500 – 600 ribu tong sehari (2014: 603 ribu tong sehari, 2015: 661 ribu tong sehari). PETRONAS akan terus menggiatkan usaha-usaha tertentu melalui penerusan amalan pengurusan takungan (reservoir) yang efisien dan menjalankan kerja-kerja teknikal yang diperlukan bagi mengekalkan tahap pengeluaran yang sama.
  3. Dari segi tenaga kerja, semenjak 2015, PETRONAS telah melakukan langkah rasionalisasi bagi mengoptimumkan tenaga kerja. Ini termasuklah memperinci sebarang keperluan bagi pembaharuan kontrak yang telah tamat tempoh. Bagi mana-mana jawatan kontrak yang tidak disambung, tugasan/kerja akan diambil alih oleh staf berstatus tetap (permanent). Selain daripada langkah-langkah itu, PETRONAS kini sedang melalui penstrukturan organisasi supaya dapat beroperasi secara lebih efisen dalam situasi kejatuhan harga minyak global. Kajian semula fungsi jawatan yang tidak kritikal dan bertindih di mana lebihan jawatan telahpun dikenalpasti yang dijangka memberi impak yang minima ke atas pekerja PETRONAS. Pemberhentian lebihan pekerja tetap merupakan langkah terakhir PETRONAS sekiranya lebihan pekerja yang dikenalpasti tidak lagi dapat memenuhi keperluan syarikat didalam keadaan industri minyak semasa.

Adalah dijangka, langkah-langkah yang diambil, mampu memberi PETRONAS daya tahan yang tinggi di dalam menghadapi situasi kemerosotan harga minyak global semasa yang telah memberi impak negatif kepada syarikat-syarikat minyak dan gas di seluruh dunia.

Sekian, terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s