MP Kuala Krai: Jumlah Miskin Tegar Relatif

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    :LISAN

DARIPADA                          : YB DR. MOHD HATTA BIN MD. RAMLI

TARIKH                                 : 8 MAC 2016

SOALAN                               :

YB Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [KUALA KRAI] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) jumlah miskin tegar relatif (relative poverty) mengikut pecahan negeri-negeri; dan

(b) apakah perancangan atau usaha untuk memakai ukuran “relative poverty” seperti kebanyakan negara-negara maju.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, amalan yang diguna pakai oleh Kerajaan bagi mengukur kemiskinan adalah berdasarkan kaedah pengukuran kemiskinan mutlak yang berasaskan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Berdasarkan PGK, Kerajaan boleh mengenalpasti kumpulan isi rumah miskin dan miskin tegar.

Walau bagaimanapun, konsep kemiskinan relatif yang diguna pakai oleh Kerajaan adalah menjurus kepada konsep perbandingan, di mana tahap ‘kemiskinan’ isi rumah adalah bergantung kepada tahap ‘kemiskinan’ isi rumah lain. Misalnya, perbandingan pendapatan di antara kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (isi rumah B40) dan isi rumah berpendapatan 20 peratus tertinggi (isi rumah T20). Perbandingan pendapatan isi rumah juga boleh dibuat dari segi wilayah, strata (bandar/luar bandar) dan kumpulan etnik.

Berdasarkan laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) 2014, berasaskan kaedah kemiskinan mutlak, insiden isi rumah miskin adalah sebanyak 0.6 peratus dan insiden isi rumah miskin tegar pula adalah sebanyak 0.1 peratus. Dari segi kemiskinan relatif pula, nisbah perbandingan pendapatan bagi isi rumah T20 dan B40 telah bertambah baik, iaitu sebanyak 5.6 kali ganda berbanding 6.9 kali ganda pada tahun 2009.

Bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perangkaan miskin tegar relatif yang ditanyakan tidak wujud dalam kaedah pengukuran kemiskinan nasional mahu pun di peringkat antarabangsa. Oleh itu, perangkaan miskin tegar relatif mengikut negeri yang diminta oleh Ahli Yang Berhormat tidak dapat diberikan.

(b) Sejajar dengan amalan negara-negara maju dalam pemakaian pengukuran kemiskinan secara relatif, Kerajaan telah mengambil langkah untuk mengguna pakai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (Multidimensional Poverty Index, MPI) sebagaimana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). MPI akan melengkapi pengukuran berdasarkan PGK dan melihat kemiskinan dari segi insiden dan intensiti ketersisihan dari 4 dimensi iaitu pendapatan, pendidikan, kesihatan dan kualiti hidup isi rumah yang meliputi keadaan tempat tinggal dan kepadatan isi rumah. Perangkaan MPI ini dijangka akan dapat dikeluarkan pada tahun 2017.

Sekian. Terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s