MP Kuala Krai: Hanya 33% Rumah Mangsa Banjir Telah Siap!

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN                    : LISAN

DARIPADA                          : YB DATO’ DR. MOHD HATTA BIN MD. RAMLI

TARIKH                                : 9 MAC 2016

SOALAN                               :

YB Dato’ Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratusan kemajuan projek pembinaan semula rumah baru pasca banjir 2014 di Kuala Krai.

JAWAPAN                           :

Tuan Yang di-Pertua,

Setakat 21 Februari 2016, jumlah Rumah Kekal Baharu (RKB) yang dimohon oleh mangsa-mangsa banjir di Jajahan Kuala Krai, Kelantan adalah 1,257 unit. Dari jumlah tersebut, Kerajaan Persekutuan perlu membina 776 unit, Kerajaan Negeri sebanyak 132 unit manakala NGO sebanyak 225 unit. 124 unit lagi didapati tidak layak menerima bantuan RKB berdasarkan siasatan oleh pihak berkuasa (Kerajaan Negeri Kelantan dan Unit Pemulihan Pasca Banjir, Jabatan Perdana Menteri).

Sehingga kini, jumlah RKB yang telah siap dibina oleh Kerajaan Persekutuan dan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir yang layak adalah sebanyak 259 unit (33%). Pada masa yang sama 214 unit (28%) sedang dalam peringkat pembinaan dan 269 (35%) unit dalam peringkat pra-bina. 34 unit (4%) lagi merupakan tanah yang baru disahkan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) untuk dibina rumah dan dalam proses semakan ) dokumen dan kesesuaian tapak oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pemberi milikan oleh PTJ sebelum dimulakan kerja-kerja pembinaa. Keseluruhan pembinaan RKB oleh Kerajaan Persekutuan Jajahan Kuala Krai dijangka siap pada bulan Jun 2016.

Sekian. Terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s