MP Kota Raja: 2 Juta pekerja asing masih pegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN    : LISAN

DARIPADA          : DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD

TARIKH                : 14 MAC 2016

SOALAN               :

HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD [Kota Raja] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing mengikut kategori di dalam negara kita yang telah diluluskan oleh KDN dan apakah perancangan jangka rnasa panjang Kerajaan untuk menangani kebanjiran pekerja asing terutamanya PATI.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa ini, terdapat dua (2) kategori warga asing yang bekerja di Malaysia iaitu pegawai dagang bagi jawatan profesional (mahir) dan pekerja asing bagi jawatan kurang/tidak mahir. Pegawai dagang adalah merupakan warga asing yang bekerja sebagai profesional di Malaysia. Manakala pekerja asing adalah merupakan warga asing yang bekerja di lima (5) sektor formal yang dibenarkan iaitu sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian serta satu (1) sektor informal iaitu pembantu rumah asing.

Jumlah pegawai dagang yang berdaftar secara sah dan dikeluarkan Pas Penggajian (Employment Pass) sehingga 31 Januari 2016 adalah seramai 166,817 orang.

Manakala jumlah pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah dan aktif dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sehingga 31 Januari 2016 adalah seramai 2,079,879 orang.

Tuan Yang di-Pertua,

Tindakan-tindakan telah diambil bagi mengatasi masalah PATI boleh dikategorikan kepada 2 peringkat iaitu sebelum masuk ke negara dan setelah berada dalam negara.

1. Sebelum masuk ke Malaysia, tindakan-tindakan yang diambil adalah seperti berikut:

i. memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di pintu-pintu masuk ke negara;

ii. menasihatkan pelawat-pelawat asing ke negara ini agar mempunyai tiket pulang ke negara asal mereka (return ticket) di samping menasihatkan mereka agar mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menyara diri sepanjang masa berada di negara ini; dan

iii. pengawasan di sepanjang pesisiran perairan negara dipertingkatkan, iaitu kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai tempat pendaratan dan kemasukan PATI. lni dijalankan dengan kerjasama Pasukan Gerakan Marin PDRM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan  Penguatkuasaan Maritim Agensi Malaysia (APMM). Kerajaan juga sentiasa memantapkan usaha-usaha risik dan penguatkuasaan ba an, pemantauan gi menyekat penyeludupan di Polis DiRaja Malaysia sempadan darat negara. la dijalankan dengan kerjasama (PDRM), Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan Pasukan Gerak Arn (PGA).

2. Manakala setelah berada dalam negara, tindakan-tindakan yang diambil adalah seperti berikut:

i. melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi-agensi yang berkaitan dari masa ke semasa secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963;

ii. membuat naziran ke premis-premis yang terdapat warganegara asing, seperti premis majikan yang menggaji pekerja asing dan institusi yang mengambil pelajar antarabangsa; dan

iii. Tindakan tegas kepada majikan mengikut bidang kuasa seperti termaktub di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu bagi kesalahan seperti menggajikan, melindungi, membenarkan PATI di premis dan bersubahat/berkomplot dengan PATI.

3. Lanjutan dari itu, operasi penguatkuasan ini juga telah diperkasakan lagi dengan pelaksanaan Pelan Penguatkuasaan PATI Secara Holistik yang bertujuan untuk mewujudkan satu kepada PATI untuk meneruskan ekosistem tidak selesa kehidupan seharian mereka melalui kerjasama dan kesedaran masyarakat setempat. Kekuatan Pelan ini adalah mengoptimurnkan sumber sedia ada melalui Prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang melibatkan kerjasama pelbaffi agensi di peringkat Persekutuan, Negeri dan seterusnya Pihak Berkuasa Tempatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s