YB Sepang tunggu jawapan mengenai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi PM

Dewan Rakyat 29 Oktober 2015 – Soalan soalan menarik daripada MP AMANAH

6. PR-1333-L71342 Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan yang dibuat bagi mencegah kegiatan mengemis dan meminta derma di restoran dan kaki lima bank terutama bandar-bandar yang semakin menular sekarang terutama yang melibatkan sekolah tahfiz dan madrasah agama.

14. PR-1333-L71449 Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah jumlah kes di mana majikan tidak mematuhi perintah mahkamah buruh (seperti tidak membayar pampasan kepada pekerja) dan apakah tindakan Kementerian terhadap majikan-majikan tersebut untuk jangka masa 10 tahun yang lalu.

54. PR-1333-L70469 Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) adakah pihak polis atau SPRM telah memanggil Perdana Menteri untuk disoal siasat di bawah seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah berhubung pendepositan RM2.6 bilion (USD700 juta) ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri di CIMB bank; dan

(b) jika Perdana Menteri sudah dipanggil soal siasat, bilakah beliau dipanggil dan apakah status penyiasatan tersebut dan jika belum dipanggil, mengapakah Perdana Menteri tidak dipanggil untuk disoal siasat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s