Usul 18 (1) – Masalah Jerebu

Usul 18 (1) – Masalah Jerebu dibahas pada 21 Oktober 2015

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat masalah jerebu di negara kita ini bukan perkara baru dan ia bukan natural disaster tetapi adalah hasil daripada tangan-tangan manusia dan ini disebut sendiri dalam Al-Quran dizahirkan juga perkara-perkara ini kerana masalah ataupun kesilapan kita. Ertinya kalau kesilapan manusia, kita boleh perbaiki tetapi kenapa sampai hari ini sudah berapa tahun dan tahun ini kita digemparkan bahawa masalah jerebu ini akan berlangsung sampai ke bulan Mac.

Bayangkan minggu ini seminggu tidak bersekolah, kalau jerebu berterusan mungkin sampai hujung tahun tidak bersekolah. Tiga bulan dalam tahun depan tidak bersekolah. Apa hendak jadi dengan negara kita ini.

Kesan terhadap ibu bapa terpaksa mengambil cuti kerana anak-anak tidak bersekolah dan juga tentang orang dewasa yang bekerja di luar lapangan sudah tentu mereka juga perlu diambil perhatian. Jadi, saya merasa bahawa kerajaan kena lebih serius kerana ini adalah sesuatu malapetaka yang memberikan kesan kehilangan tenaga kerja dan jumlah pesakit berkaitan dengan sistem pernafasan. Kita pun belum pasti lagi ini sama ada hanya sekadar gangguan terhadap pernafasan bagi orang-orang yang asthmatic ataupun orang yang bronkitis.

Bagaimana kesan jangka panjangnya, kemungkinan ia melibatkan penyakit-penyakit yang lebih kronik. Jadi, saya rasa oleh kerana benda ini sudah berulang-ulang dan Indonesia negara pengeluar jerebu ini… Seorang Ahli: Pengeksport. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Pengeksport jerebu ini juga sudah menandatangani perjanjian-perjanjian pengawalan pollution antara sempadan ini.

Jadi, kenapa  kerajaan kita tidak dapat mempengaruhi Kerajaan Indonesia sedangkan kita adalah negara yang sangat baik hubungannya dengan mereka. Ertinya adakah kerana mereka tidak merasa hendak menghormati masalah yang kita ada. Mungkin Indonesia pun kata negara dia pun teruk juga kena. Lebih teruk lagi, malah di sesetengah tempat pemandangan langsung tidak nampak. Saya tidak berani untuk menjangkakan kalau ini dibiarkan penerbangan dibatalkan. Gelang Patah nasib baik mungkin clear sedikit dapat tiba hari ini, kalau tidak tiba hari ini esok macam mana? Usul sudah jalan. Itu contoh ya. [Ketawa]

Kita tidak mahu sampai ada kes kemalangan jalan raya kerana kadar penglihatan yang restricted. Jadi, ini merugikan negara kita, menyebabkan kegelisahan. Saya mintalah kerajaan bertegas dalam hal ini dengan mengambil tindakan seperti kita pernah buat, menghantar bantuan…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kuala Krai masa sudah cukup.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Bantuan kepada Indonesia, pihak bomba kalau perlu. Apa juga bantuan teknikal kerana seolah-olah kebakaran ini berlaku dalam negara kita juga, dekat sangat. Jadi saya rasa kita kena ambil inisiatiflah, Tuan Yang di-Pertua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s