Status Pelaburan KWSP di Cayman Island – MP AMANAH Sepang Bahas RUU KWSP

Perbahasan RANG UNDANG-UNDANG KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2015 pada 20 Oktober 2015 – MP AMANAH Sepang

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai pindaan ke atas rang undangundang

ini yang secara asasnya dimasukkan beberapa peruntukan mengenai isu yang berkaitan dengan syariah seperti penubuhan Jawatankuasa Penasihat Syariah, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah, pelantikan Jawatankuasa Penasihat Syariah dan beberapa perkara lain.

Persoalan pertama yang saya ingin tanya kepada menteri. Kalau kita lihat kepada beberapa cadangan pindaan ini, ia menunjukkan seolah-olah sebelum ini macam tidak ada satu jawatankuasa syariah yang memantau pelaburan atau apa-apa berkaitan yang berhubung dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ini. Saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, mengapakah baru sekarang ditubuhkan penubuhan Jawatankuasa Penasihat Syariah dan sebagainya ini?

Jadi apakah status pelaburan-pelaburan dulu yang mungkin oleh kerana tidak ada Jawatankuasa Penasihat Syariah ini? Adakah mungkin di sana wujudnya elemen-elemen yang bercanggah dengan syariah itu? Kita tahu bahawa walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ini merangkumi wang-wang daripada pekerja-pekerja Islam dan bukan Islam tetapi saya rasa bagi penyimpan daripada kakitangan pekerja Islam, sudah tentu mereka begitu peka dan sensitif dengan setiap wang yang ada dalam KWSP ini sebab mereka gunakan untuk hari tua ini mungkin sesetengahnya sebagai wang untuk mereka pergi ke haji dan sebagainya. Jadi setiap sen yang mereka tabung itu sudah tentu mereka ingin pastikan ia tidak bercanggah dengan syariah. Sebagai orang Islam sudah tentulah kita begitu peka dan sensitif terhadap perkara ini. Jadi saya ingin tanyakan Menteri tentang hal itu.

Kedua Yang Berhormat Menteri, saya bersetuju dengan…

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat Sepang, minta

penjelasan daripada Yang Berhormat Sepang.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat Sepang bangkitkan tadi berkaitan dengan operasi pelaburan sebelum ini yang dibuat oleh KWSP yang seolaholahnya kata Yang Berhormat Sepang tadi tidak dipandu oleh satu panduan syariah kerana ini baru hendak pinda hendak dimasukkan fasal-fasal tertentu berkaitan dengan Lembaga Penasihat Syariah. Isu yang timbul ini Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sepang, mungkin apa yang telah berlaku itu sudah berlaku tetapi persoalan sekarang ini, Yang Berhormat Sepang bersetuju atau tidak bahawa kerajaan harus mempunyai satu pendirian.

Kalau selepas ini apabila Lembaga Syariah ini berfungsi dan meneliti semua pelaburan yang telah dibuat sebelum ini dan mendapati ia ada percanggahan-percanggahan, menyalahi prinsip-prinsip syariah bahawa kerajaan harus membuat keputusan untuk menarik pelaburanpelaburan tersebut. Walaupun berkemungkinan kerajaan akan mengalami daripada segi kewangannya akan mengalami keuntungan dan sebagainya. Terima kasih.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Saya amat bersetuju dan saya juga minta supaya pihak menteri dapat menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh rakan saya Yang Berhormat Pokok Sena tadi. Saya harap menteri silalah beri jawapan yang honest dan jawapan yang jujur walaupun mungkin ada pelaburan itu yang bercanggah dengan syariah, kita kena cakap. Bukan kerana kita, it’s not a blame game, it’s lebih kepada isu kepekaan tentang duit yang dibelanjakan itu.

Saya percaya mungkin juga walaupun tidak ada penubuhan jawatankuasa ini, perkaraperkara syariah itu diambil kira tetapi saya mahu tahu adakah, yang pertamanya soalan saya ialah adakah penubuhan Jawatankuasa Penasihat Syariah ini bertolak daripada mungkin suarasuara dalam KWSP sendiri yang menyuarakan ada beberapa pelaburan yang telah dilaburkan itu didapati bercanggah dengan syariah ataupun ia tidak syariah compliance? Jadi sebab itulah menyebabkan timbulnya rasa keperluan untuk ada jawatankuasa ini.

Jadi saya harap pihak Menteri dapat memberikan jawapan yang honest dalam soal ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada timbalan menteri rakan saya Yang Berhormat Titiwangsa, saya ucapkan tahniah. Saya pun rasa beliau wajar untuk dilantik menjadi Menteri kalau dibandingkan dengan Yang Berhormat Tanjong Karang, jauh sangatlah. [Ketawa] Itu secara jujur, sebab semasa dia jadi backbencher pun saya amat meminati ucapan-ucapan beliau. Beliau adalah seorang Menteri yang saya harap berkaliber.

Okey keduanya, saya juga ingin bertanyakan adakah pihak KWSP sendiri sedar bahawa di sana juga ada beberapa peruntukan yang mungkin tidak dicover, tidak dimasukkan dalam pindaan ini tetapi bagi saya ia satu masalah yang ada kaitan dengan syariah compliance ataupun isu-isu syariah. Saya hendak beri satu contoh dalam isu nomination ataupun nominee, penamaan. Saya bercakap ini atas pengalaman sendiri sebagai seorang peguam yang pernah terlibat dalam kes yang melibatkan nomination tetapi kes ini adalah untuk makluman Tuan Yang di-Pertua telah pun berakhir, saya menyatakan kepentingan saya terlibat tetapi kes ini telah berakhir tetapi berakhir dengan settlement.

Akan tetapi kesan daripada kes itu ia ada melibatkan isu yang saya rasa perlu diaddress dengan izin oleh pihak KWSP iaitu isu nomination ini. Kita tahu dalam isu nomination dalam undang-undang KWSP ini ialah seorang yang Islam boleh melantik nominee, penama itu berdasarkan seperti Yang Berhormat Kota Raja tadi ada beberapa isu yang melibatkan perdebatan adakah nominees itu, adakah mereka itu sebagai wasi dipanggil administrator of the estate kalau sudah mati orang yang menamakan dia itu ataupun dia sebagai beneficiaries.

Jadi akhirnya dalam undang-undang itu telah dinyatakan secara spesifik dia hanya sebagai wasi ataupun sebagai administrator. Maknanya dia kena bertanggungjawab untuk memastikan wang itu ataupun harta itu diagihkan mengikut hukum faraid. Yang itu mungkin kurang masalah. Yang bermasalah ialah apabila melibatkan asalnya pekerja bukan Islam tetapi meninggal dunia sebagai orang Islam. Ketika dia masih hidup, sebagai pekerja dia nominate abangnya atau kawan atau sesiapa dalam kalangan nominee yang bukan Islam. Apabila dia meninggal sebagai orang Islam, timbul isu.

Kalau ikut Undang-undang KWSP sekarang ini, nominee itu sebagai administrator. Persoalannya kalau dia menamakan orang bukan Islam, timbul isu adakah orang bukan Islam itu boleh jadi pentadbir kepada harta orang Islam. Yang ini yang berlaku dalam kes hari itu. Dia orang bukan Islam, dia meninggal. Tinggalkan anak-anaknya yang semua Islam. Anak-anaknya masuk Islam juga. Tiba-tiba dia mati, penama tidak ditukar. Masih lagi abangnya yang bukan Islam. Jadi timbul perebutan itu.

Jadi undang-undang kata penama boleh jadi pentadbir. Pentadbir harta orang Islam. Jadi ini isu yang saya rasa penasihat syariah ini kena addresslah. Kalau ada pindaan, kena buat pindaan sebab ia akan menyebabkan isu yang akhirnya keluarga akan bergaduh. Dalam kes hari itu, hasil kita berunding, kedua-dua pihak bersetuju. Abang bukan Islam dengan keluarga itu setuju. Yang lebih dramatik lagi, kita ingat bergaduh antara abang dengan isteri dan anaknya rupa-rupanya masa dia mati itu, ada lagi isteri kedua pula. Satu hal pula. Tiba-tiba isteri kedua datang ke mahkamah. Ini kes kahwin dualah ini yang dia tidak beritahu kepada isteri pertama.

Jadi saya hendak mengatakan isu ini, isu yang betul-betul terjadi. Ini isu yang juga melibatkan clash of jurisdiction, mahkamah mana yang akan dengar. Jadi saya harap KWSP boleh mengambil kira. Kalau perlu dapatkan fatwa apakah seorang bukan Islam boleh menjadi pentadbir kepada harta bukan Islam. Kalau dia daripada awal lagi dia batalkan tidak ada masalah. Takut dia tidak batalkan. Dia mungkin overlook benda itu. Jadi ini isu yang saya rasa, saya harap KWSP dapat mengambil peduli dalam perkara ini.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua…

Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang

Berhormat Gopeng bangun. Sila.

Dr. Lee Boon Chye [Gopeng]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sepang. Ini berkenaan dengan isu nominee ini. Apabila berkenaan dengan nominee dan juga wang tidak dituntut, apabila seseorang pencarum itu tidak menamakan nominee, apabila pencarum itu meninggal, apa yang akan berlaku kepada wang caruman pencarum tersebut? Adakah ini akan diteruskan untuk diberikan kepada warisnya ataupun dia akan akhirnya masuk kepada wang tidak dituntut. Ini cuma mahu dapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Sepang dan juga panduan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada sahabat saya daripada Gopeng. Saya tidak berapa pasti dia punya kedudukan undang-undangnya tetapi saya juga merasakan bahawa dalam undang-undang ini tidak mewajibkan nomination ini. Saya tidak pastilah. Saya subject to extend corrected daripada Yang Berhormat Menteri. Yang saya tahu tidak ada kewajipan. Dalam perkara ini kalau mungkin hendak carter problem yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gopeng tadi, mungkin di sana perlu ada kewajaran yang memerlukan kita wajib menamakan nominee itu. Akan tetapi kalau sudah ada kewajipan itu, saya telah menjelas. Cumanya…

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Yang Berhormat Sepang. Boleh?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yes?

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Sini, sini.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sorry, sorry.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Batu Gajah. Sila.

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sepang. Tadi Yang Berhormat Sepang ada menyebut tentang hukum faraid di mana kalau untuk orang Islam, caranya adalah berlainan kalau dibandingkan dengan orang bukan Islam untuk membayar wang simpanan ini. Masalahnya sekarang seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sepang, kalau seseorang penama itu bukan Islam, akan menjadi masalah apabila orang itu sudah menjadi Islam dan penamanya masih lagi bukan Islam dan adalah sukar untuk beliau menjadi pentadbir wang KWSP ini. Akan tetapi masalahnya saya juga khuatir.

Bagi orang bukan Islam, seseorang yang dinamakan sebagai penama untuk KWSP ini, kalau tidak silap saya dia akan menjadi beneficiary. Beneficiary bukan Islam. Maksudnya dia ada hak untuk menerima wang daripada KWSP tersebut sebagai beneficiary. Jadi adakah wajar kita membiarkan perkara itu dalam keadaan sebegini rupa kerana saya khuatir apabila seseorang itu saja meletakkan nama kawan-kawan ataupun orang-orang yang tidak ada hubungan kekeluargaan sebagai penama dan mungkin sesiapa sahaja mengikut suka hati dia dinamakan sebagai penama dan orang itu akan mendapat wang tersebut.

Saya rasa perkara ini tidak patut wujud dalam sistem ini sebab kalau kita bandingkan dengan Akta Insurans, insurans tidak akan memberikan wang apabila dituntut dalam keadaan sebegitu. Dia ada syarat-syarat tertentu untuk membuat penamaan tetapi saya lihat dalam KWSP ini, syarat penamaannya terlalu longgar di mana ia membenarkan sesiapa sahaja dinamakan sebagai penama. Apa pandangan Yang Berhormat Sepang berkaitan dengan isu ini?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada rakan saya daripada Batu Gajah. Setakat pengetahuan saya, memang kalau wang KWSP ini bila melibatkan pekerja bukan Islam dan dia menamakan nominee itu di kalangan orang bukan Islam, dia tidak timbul isu, jadi dia adalah penerima tunggal. Maknanya kalau dia namakan contohnya A namakan B, B akan menjadi penerima tunggal wang itu. Dia tidak bertanggungjawab untuk hendak dispute wang itu mengikut Distribution Act.

Berbeza dengan orang Islam. Bila dia namakan nominee, telah pun difatwakan setelah beberapa kali ada kes-kes mahkamah, maka wujudnya satu fatwa yang mengatakan bahawa mestilah – dan menyebabkan EPF juga buat undang-undang dia hanya kekal sebagai wasi ataupun pentadbir sahaja. Dia wajib mengagihkan harta itu sebagai harta si mati mengikut hukum faraid. Jadi dalam hal ini, mungkin kalau perlu pindaan, orang bukan Islam mungkin ada satu pindaan bahawa dia juga hanya sebagai pentadbir, nominee itu dan dia mestilah distribute wang itu oleh kerana dalam undang-undang negara kita ada Distribution Act, Akta Pengagihan untuk orang-orang bukan Islam. Maka boleh dipinda dengan memasukkan harta itu telah diagihkan mengikut Distribution Act.

Akan tetapi itu memerlukan pindaan. Saya tidak tahu sejauh mana kewajarannya itu. Mungkin juga orang-orang bukan Islam selama ini tidak pernah bangkitkan tetapi dalam kita boleh fikirkan. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab perkara itu. Dalam perkara orang Islam ini yang saya ingin minta supaya Menteri melalui jawatankuasa penasihat syariah ini please address this issue sebab saya takut nanti masalah akan datang. Dia akan menjadi isu yang rumit. Itu satu. Keduanya, berdasarkan pengalaman-pengalaman kita dalam kes-kes yang melibatkan kes-kes penjagaan anak, yang melibatkan agama ini, dia boleh mudah mencetuskan emosi dan mencetuskan ketegangan dan sebagainya. Jadi melalui undang-undang, mungkin kita boleh buat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini. Itu yang kedua atau ketiga.

Seterusnya, saya ingin tanya juga kepada Yang Berhormat Menteri. Pelaburan ini. Contoh dalam kes 1MDB. Kita tahu bahawa pihak KWSP terlibat dalam melaburkan wang KWSP ini dalam 1MDB dalam kes yang melibatkan pembelian, kes yang melibatkan jana kuasa ini. Saya ingin tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri. Walaupun mungkin wang yang dilaburkan itu tidak melibatkan kesemua pelaburan yang dilakukan oleh KWSP dalam perkaraperkara lain. Contohnya dalam mungkin KWSP tidak terlibat secara langsung dalam penyimpanan wang di Cayman Island itu tetapi oleh kerana kita menganggap KWSP juga terlibat dalam membantu atau melaburkan wang dalam 1MDB itu.

Jadi saya ingin tanya adakah kalau sebelum ini ada tidak pihak jawatankuasa pelaburan ini mengambil kira juga faktor-faktor syariah ini? Kalau wang Cayman Island ini kalau kita baca dalam Che Det lah sama ada dia kata biasa orang-orang yang berjudi suka simpan wang di Cayman Island ini, makna wang haramlah. Tempat di mana wang-wang haram dilaburkan Cayman Island ini. Jadi adakah pihak KWSP juga mengambil kira mungkin tidak secara direct tetapi oleh kerana wang, oleh kerana dia terlibat sebagai pelabur juga, oleh syarikat yang dilaburkan juga mungkin terlibat dalam perkara-perkara lain. Walaupun tidak secara direct tetapi secara indirect tetapi bagi orang Islam perkara-perkara itu memang mereka ambil kira. [Disampuk] Apa? Ini bukan sangka buruk ini tanya. Eh! Yang muka buruk itu bangun sedikit. [Ketawa]

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Lawyer cakaplah Yang Berhormat saya cakap Yang Berhormat tidak payahlah bersangka buruk. Daripada semalam Yang Berhormat sangka buruk sahaja ini cerita fasal EPF hendak cerita fasal beri kebaikan manfaat kepada rakyat jelata. Apa kena mengena pula Cayman Island? Allahuakbar Yang Berhormat Gombak tolong ajar sedikit Yang Berhormat Gombak.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey sudah? Nanti orang bantai Tabung Haji terduduk tidak boleh bangun.

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tidak ada masalah tidak pernah larilah. Bantailah tanya lagi soalan apa hendak tanya, tidak ada kena mengenalah, lari tajuk Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini kena marah dengan siapa tadi ini masalah ini salah makan pil apa ini. Orang makan panadol dia makan pil lain. Okeylah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ini lain kapalkah, satu kapal? [Ketawa]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Dia kalau Yang Berhormat Tanjong Karang tidak ada dia jadi pemain simpanan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya ingat dia duduk ataskan, dia naik atas. Kawan saya Yang Berhormat Baling ini…

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Apa ini? Ini pun serupa daripada semalam bersangka buruk. Semalam cerita fasal GST dia bawa cerita pula benda lain. Inilah semua ini satu kapal tetapi bersangka buruk. Tiap-tiap hari datang sini cerita keburukan orang sahaja inilah tetapi PAS Islam, pirah!

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini bukan PAS, saya Amanah.

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Baling, saya Amanah sekarang ini. Okey, okey tidak apa. tidak apalah petang-petang ini kita tengah tension-tension ini ada badut okey jugakan. Entertainer. Okey, saya tidak kata pun saya kata wang itu terlibat dengan wang haram. Saya kata, saya cakap begini kalau ada pelaburan-pelaburan yang secara direct. Yang Berhormat Baling, dengar dahulu Yang Berhormat Baling.

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat. Ini Dewan yang mulia.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: So what?

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Dewan Rakyat. So what? Ini bukan mahkamah hendak belit-belit. Mahkamah bolehlah belit, belit, belit semua hendak pusing kepala dengan hakim. This is Dewan mulia, Dewan Rakyat kita kena cakap yang benar. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Faham tidak Yang Berhormat Sepang?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Bukan dia kata. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Itu dari segi tajwid kena belajarlah. Okey, tidak apalah. Saya pun hairanlah tibatiba tibatiba dia macam mana entah, boleh masuk ikut celah ini, ada tidak kena ini Yang Berhormat Baling tidak tahulah.

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Yang Berhormat Sepang.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Apa?

Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: No, no sebab Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat Sepang berhujah tanpa bersangka niat tidak baik, bersangka buruk setiap kali cakap, tadi cerita fasal EPF hendak cerita fasal rakyat Tuan Yang di-Pertua. Hendak cerita fasal macam mana kita hendak bantu rakyat daripada 55 tahun hendak pergi ke 60 tahun macam mana manfaat? Patut Menteri dekat situ tekun mendengar apakah hujah-hujah untuk diperbaiki, untuk dimanfaatkan. Akan tetapi tiba-tiba Che Det kata Cayman Island duit haram, KWSP meniaga. Astaghfirullahalazim. Apa ini Yang Berhormat Sepang?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, okey tidak apa. Saya pun hairanlah Tuan Yang di-Pertua. Tidak apalah kita terima seadanya Yang Berhormat Baling. Saya rasa rakan saya Yang Berhormat Titiwangsa Menteri faham yang saya maksudkan tadi ialah ada orang mengatakan wang-wang yang dilaburkan di Cayman Island ini ialah wang-wang haram. Jadi kalau kita KWSP saya kata tadi dia mungkin tidak secara langsung terlibat dalam wang pelaburan Cayman Island itu tetapi oleh kerana ada wang dalam wang KWSP dalam 1MDB itu. Jadi saya ingin tanya bagaimanakah kedudukan dari segi syariah itu?

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: [Bangun]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekejap, nanti. Ini ada standard. Jadi saya maksudkan begitu. Maksudnya…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Sepang, perkataan ada standard tidak ada standard ini jangan keluarkan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okeylah saya tarik balik tidak apa. Okey ya, boleh ya saya tarik balik. Okey Yang Berhormat Baling, saya kata you ada standard Yang Berhormat Baling okey. Akan tetapi kalau cakap standard rendah standard tinggi okey? Tidak okey ya? Tidak boleh juga, okey saya tarik balik. Yang Berhormat Baling kacaulah dia ganggu flow la.

Jadi, saya ingin tanyakan ada tidak dalam mana-mana pelaburan yang dilakukan oleh KWSP ini yang mungkin tidak secara langsung direct terlibat dalam pelaburan yang terang-terang haram. Contoh kalau melabur di syarikat judi haramlah tetapi yang mungkin tidak secara langsung tetapi secara tidak langsung dia terlibat. Jadi dia juga melibatkan mungkin soal hukum.

Jadi ada tidak yang keadaan begitu dan melibatkan dia tarik balik. Okey tadi sahabat saya Yang Berhormat Setiawangsa.

Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Yang Berhormat Sepang saya hanya hendak mengingatkan bahawa semua bukan wang yang disimpan di Cayman Island ini haram. Contohnya Apple pun mempunyai berbilion-bilion ringgit yang diletakkan di Cayman Island bagi maksud tax bukannya semua haram. Itu sahaja saya hendak terangkan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Itu saya kata tadi kalau tidak ada haram alhamdulillahlah. Kalau sekiranya ada wang-wang haram contohnya dilaburkan itu yang saya kata indirect itu yang saya maksudkan di sini. Saya harap dari segi soal pelaburan ini pihak – tadi rakan saya daripada Yang Berhormat Pokok Sena mengatakan kalau sekiranya sebelum ini KWSP mungkin terlibat dalam pelaburan-pelaburan yang mungkin ada unsur uncertainty, unsur yang melibatkan mungkin jadikan pelaburan itu haram jadi menyebabkan KWSP dikehendaki tarik balik.

Tarik balik itu satu hallah tetapi saya rasa KWSP juga harus bertanggungjawab menerangkan kepada segala pencarum-pencarum, mengapa perkara itu terjadi. Ini sebab selama ini mungkin mereka rasa mereka tertipu. Jadi tarik balik satu hal tetapi saya rasa pihak KWSP mesti kalau sekiranya ada. Kalau tidak ada itu alhamdulillah. Kalau ada, mestilah menerangkan mengapa perkara itu berlaku.

Jadi itu yang saya nampak pindaan mengenai syariah itu. Satu lagi yang saya rasa saya ingin juga minta pandangan daripada Menteri berkaitan seksyen pindaan ke atas seksyen 59. Ini yang melibatkan pindaan ke atas kalau seseorang itu dipertuduhkan di mahkamah. Dicadangkan di pindaan, jika mana-mana orang atau ahli kumpulan wang telah membuat permohonan bagi pengeluaran bagi maksud tertentu dan dipertuduh atas satu kesalahan di bawah seksyen 1 berhubung dengan permohonan lain permohonan itu Lembaga boleh untuk tidak membenarkan permohonan lain bagi permohonan oleh orang itu atau ahli kumpulan itu bagi maksud saya sehingga perkara itu diselesaikan.

Walaupun secara umumnya saya rasa perkara ini bukanlah satu controversial sebab demi untuk hendak memastikan orang itu didapati bersalah mungkin wang itu akan dilupuskan Wallahuaklam saya tidak tahu. Akan tetapi yang saya lebih concern ialah kalau sekiranya mereka yang sudah, yang katakan memang dia mungkin dipertuduhkan tetapi dia melibatkan orang-orang yang mungkin dan uzur dan sebagainya, keadaan macam mana?

Ini sebab kes mahkamah ini untuk makluman Tuan Yang di-Pertua memang melibatkan proses yang panjang. Mungkin sudah menang dekat satu mahkamah, rayu pula, rayu lagi, by the time. Saya masih ingat lagi dulu kawan-kawan saya kata, kalau kes di Mahkamah Sivil ini kalau kes accident itu masa accident muda, masa bicara sudah tua hendak dapat duit, sudah mati. Itu hendak tunjukkan betapa panjangnya bicara ini. Jadi saya harap, perkara ini yang paling umum ya. Kalau kes-kes orang contohnya mereka ini– sedangkan kita tahu dalam prinsip perundangan, seorang dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Seolah-olah kita bila kita tahan wang itu seolah-olah mereka ini sudah ada salah.

Maka kita tak benarkan mereka ini keluarkan wang itu dalam keadaan mereka ini belum didapati bersalah pun. Kalau contohnya mereka ini kronik, menghidap penyakit kronik di tubuh, selepas itu mereka perlukan wang ini untuk perbelanjaan medical. Jadi nampaknya tidak ada channel kelonggaran itulah.

Jadi saya harap mungkin juga boleh difikirkan ada exception ataupun adanya proviso, kalau dalam undang-undang dipanggil proviso kepada keadaan-keadaan begitu sebab mereka sudah simpan daripada muda. Saya masih ingat lagi semasa saya di Sepang ada orang-orang tua itu yang kata dulu semasa mereka mula bekerja KWSP tak sampai seringgit pun ada. Dia punya simpanan dia itu sampailah mereka berhenti barulah dapat EPF, berapa ribu sangat sahaja. Kerja bertahun lama, tiba-tiba entah macam mana ada kes mahkamah, hendak keluar tak boleh, selepas itu sakit. Ingatkan dapat wang itu untuk pergi dan sebagainya, tiba-tiba ada undang-undang ini tak boleh keluar langsung sehinggalah proses mahkamah itu berakhir.

Saya harap perkara-perkara ini juga dapat pihak Yang Berhormat Menteri melihat, kalau ada perlu kewajaran meletakkan proviso itu masukkan dalam peringkat jawatankuasa ataupun Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan kenapakah tidak ada pengecualian di dalam keskes seperti itu. Yang lain saya rasa tidak ada apa-apa yang saya ingin tambah, jadi saya harap Yang Berhormat Menteri mengambil kiralah segala cadangan tadi kecuali yang Yang Berhormat Baling kacau itu tak payah ambil kiralah ya. Terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s