Penyiasatan 1MDB terhalang gara-gara Pengerusi jadi Timbalan Menteri

DR 19 Nov 2015 – Perbahasan Usul Melantik Pengerusi PAC baru

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya dulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya pertamanya ingin bertanyakan kepada pihak Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat Menteri yang bawa usul ini. Kalau usul yang pertama itu dinyatakan secara spesifik bahawa usul ini dibawa di bawah peruntukan Peraturan 76, Peraturan Majlis Mesyuarat.

Saya ingin tanya, kalau biasanya berdasarkan pengalaman saya walaupun tidak panjang di sini. Kalau mengenai usul-usul ini, kalau kita tersilap tulis peraturan mesyuarat pun akan dipersoalkan, akan ditolak. Maknanya very particular about the technical. Akan tetapi saya ingin tahu, usul ini dibawa di bawah peraturan apa? Takkanlah Yang Berhormat Menteri tidak nyatakan secara spesifik di bawah peraturan mana dibawa. Kalau usul ini perlu disokong, mesti ada satu secara jelas menyatakan seperti mana usul yang pertama, sekurang-kurangnya diletakkan Peraturan Mesyuarat 76.

Jadi saya ingin tanya, bolehkah usul ini dibenarkan untuk dibawa, dimasukkan dalam peraturan mesyuarat, dalam keadaan tidak dinyatakan peraturan mana dibawa? Saya ingin menyatakan di sini sebab Tuan Yang di-Pertua telah banyak bersyarah panjang tentang peraturan mesyuarat. So, kita ingin tanya, kenapakah usul ini dibenarkan untuk dibentangkan dalam keadaan tidak dinyatakan secara spesifik di bawah peraturan mesyuarat manakah usul ini dibawa? Itu yang pertama Tuan Yang diPertua.

Jadi saya mengharapkan kalau dalam bahasa undang-undang patutnya usul ini ditolak indemnifier tolak sahaja, memalukan. Mungkin Yang Berhormat Menteri yang jaga Parlimen ini baru lagi, jadi dia tidak… [Disampuk]. Dia overlook. Tidak apalah, itu yang pertama Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Boleh, boleh saya bertanya kepada…

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan walaupun ditanya bukan kepada saya tetapi yang saya tahu Tuan Yang diPertua di bawah Peraturan Mesyuarat di bawah 77(2), “Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi yang akan dilantik oleh Majlis dan tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada 12 orang ahli yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segeranya selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen”. Saya sebut peraturan itu daripada konteks sebagai seorang ahli PAC yang saya merasakan bahawa oleh sebab keanggotaan PAC selama ini tidak pernah kurang daripada enam orang ahli.

Saya ingin bertanyakan, kenapakah sidang PAC yang sedang rancak ingin menyiasat berkaitan dengan isu 1MDB itu telah tiba-tiba dihalang daripada untuk terus bermesyuarat dan tidak benar untuk bermesyuarat walaupun peraturan yang ada ini jelas mengatakan bahawa kita hanya perlu enam orang ahli sahaja? Walaupun pengerusi yang baik itu telah dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri, seorang lagi menjadi Menteri penuh, dua orang lagi menjadi Timbalan Menteri tetapi masih ada baki sembilan orang ahli PAC. Oleh itu seharusnya dibenarkan untuk terus bermesyuarat kerana isunya yang amat penting, yang sedang dibincangkan dan sedang mendengar laporan dari Jabatan Audit Negara.

Jadi ini saya rasakan Tuan Yang di-Pertua merupakan suatu masalah yang saya mengharapkan Tuan Yang di-Pertua berada di depan untuk memastikan bahawa PAC sepatutnya tidak tergendala sedikit pun sebab Timbalan Pengerusi, Yang Berhormat Kepong pun ada di sebelah saya, Yang Berhormat ‘Tanjong Piau’ daripada MCA – Tanjong Piai ada di sebelah saya dan oleh itu, seharusnya mesyuarat PAC diteruskan dan tidak dihentikan sehingga ingin menunggu supaya pelantikan baru ini dibuat pada mesyuarat ini. Terima kasih. [Tepuk]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tumpat. Adakah soalan itu ditujukan kepada saya ataupun kepada Yang Berhormat Sepang?

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Yang Berhormat Sepang boleh menjawabnya dan selepas itu saya harap Tuan Yang di-Pertua memberi penjelasan yang selebihnya.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Sepang.

Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Yang Berhormat Kota Bharu sekejap, sekejap. Soalan, soalan. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Bolehlah.

Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Boleh, boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sependapat dengan Yang Berhormat Sepang dan juga Yang Berhormat Tumpat dalam kes ini. Pelantikan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ini di bawah Peraturan Mesyuarat 77 dan isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Tumpat tadi, beliau seorang ahli PAC yang lalu. Kalau dilihat Peraturan Mesyuarat 77(3), saya bacakan, ia jelas berbunyi, “Semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib Pengerusi oleh kerana keuzuran atau lain-lain sebab, jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi Pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu”.

Jadi saya rasa Dewan ini perlu diberitahu, perlu dijelaskan kenapa semasa Yang Berhormat Pulai dilantik menjadi Ahli Kabinet, tidak lagi boleh menjadi Pengerusi PAC, kenapa mungkin Yang Berhormat Sepang boleh ini? Naib Pengerusi ada dan juga ahliahlinya ada. Sedangkan ia tidak dilakukan, tidak dibenarkan untuk dilakukan begitu.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Mohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat Sepang. Oleh sebab ini melibatkan peraturan mesyuarat dan tafsiran peraturan mesyuarat, saya rasa orang yang patut menjawabnya adalah saya kerana saya yang membuat ketetapan itu ataupun tindakan itu. Ahli Yang Berhormat, ini sebagai respons kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang mengenai dengan usul daripada Menteri tadi perlu ditolak sahaja oleh sebab ia tidak menyebut pun peraturan mesyuarat mana yang usulnya dibawa.

Cara usul itu dibawa, Ahli-ahli Yang Berhormat ialah perhatikan Peraturan Mesyuarat 26 dan 27. Peraturan Mesyuarat 26, di situ memperincikan perkara-perkara yang tidak perlu ada notis. Diperincikan P.M.26(1)(a), (b), (c) dan sampai berapaberapa. Selain daripada apa yang diperincikan oleh Peraturan Mesyuarat 26 itu, setiap usul yang dibawa oleh Ahli Yang Berhormat biasa bukan ahli kerajaan, notis 14 hari. Kalau dia ahli kerajaan, di bawah Menteri, selama tujuh hari. Akan tetapi, kalau usul yang dibawa itu oleh seorang Menteri, dia dapat meyakinkan kepada Tuan Yang diPertua bahawa notis cuma dalam 24 jam, maka Tuan Yang di-Pertua boleh membenarkannya.

Mengenai dengan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Tumpat tadi dan Yang Berhormat dari Kota Bharu iaitu mengenai dengan P.M.77(2) dan P.M.77(3). Begini Yang Berhormat, P.M.77(2) itu mustahak kerana Select Committee ini yang dipengerusikan oleh Speaker, committee ini saya pengerusi yang menamakan ahli-ahli dalam setiap jawatankuasa. Akan tetapi dalam soal Public Account Committee, jawatankuasa yang saya pengerusi kan iaitu Select Committee, tidak boleh menamakan siapakah pengganti, mesti juga Majlis. Apabila kita membaca dalam peraturan mesyuarat ini, Majlis yang menamakan Pengerusi PAC dan Timbalan Pengerusi PAC, bukan saya atau bukan jawatankuasa saya. Siapa yang menamakannya ialah Ahli-ahli Yang Berhormat kerana usul itu nanti akan dikemukakan juga untuk dipersetujui ataupun tidak. Mengenai dengan Peraturan Mesyuarat 77(3). Apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Kota Bharu ini ialah semasa ketiadaan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi. Itu Yang Berhormat dalam keadaan di mana ada Pengerusi, normal situation.

Kalau umpamanya kalau boleh saya ambil contoh, pada ketika waktu mesyuarat PAC berlangsung dan pada ketika itu Yang Berhormat Nur Jazlan tidak dapat datang disebabkan dia sakit kah ataupun traffic jammed kah, maka pada ketika waktu bermesyuarat itu, Yang Berhormat Kepong boleh mengambil alih sebagai pengerusi. Peraturan Mesyuarat 77(3) ialah referring to that kind of situation, bukan dalam keadaan di mana seorang Public Account Committee punya Pengerusi itu apabila dia sudah tidak ada dalam jawatan, maka boleh Peraturan Mesyuarat 77(3) di applied. Itu adalah tafsiran saya. Tafsiran saya itu adalah disokong oleh pendapat-pendapat orangorang tertentu yang saya tanya dari Jabatan Peguam Negara. Jadi itu sebetulnya yang berlaku.

Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru]: [Bangun]  Tuan Yang di-Pertua: Itu sebab, maka kalau tidak ada pengerusi yang telah dinamakan oleh Majlis, perlu ada pengerusi baru yang Majlis akan pilih pula. Itu sebabnya kenapa usul itu dibawa pada ketika ini.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Masih floor saya, boleh saya jawab? Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya hendak menjawab apa yang dikatakan oleh rakan saya Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Kota Bharu dan juga, saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab Tuan Yang diPertua- sebenarnya saya hendak masuk point yang sama tetapi Tuan Yang di-Pertua jawab, saya rasa berhak juga untuk menyatakan bahawa sebenarnya bagi saya Tuan Yang di-Pertua, isu yang saya bangkitkan tadi bukan berkaitan dengan notis. Saya tidak mempertikaikan notis itu. Saya pertikaikan kalau kita hendak ada satu consistency dalam pentafsiran dalam menolak mana-mana usul, kita sepatutnya menunjukkan consistency kita di sini sebab apa yang kita buat ini dilihat. Bagi saya, Tuan Yang di-Pertua sebagai Speaker ini ibarat hakim. Ibaratlah. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua mempunyai kuasa pentafsir.

Oleh sebab kita ada kuasa pentafsir, kita mesti memastikan tafsiran kita itu mestilah pertamanya betul. Saya tidak kata Tuan Yang di-Pertua sebagai manusia tidak boleh buat- tetapi biarlah tafsiran kita itu mengikut prinsip-prinsip pentafsiran yang kita rasa tidak langsung bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam bahasa ataupun language standing order itu. Jadi saya rasa kalau sekiranya usul ini hendak dibawa di bawah Peraturan Mesyuarat 77, sebutlah Peraturan Mesyuarat 77. Yang saya tahu memang di bawah Peraturan Mesyuarat 77(2) iaitu jawatan Chairman dan Vice Chairman ini mestilah dilantik di dalam Dewan ini kecuali anggota PAC yang lain. Jadi oleh sebab kita hendak melantik Chairman yang baru, sebutkan Peraturan Mesyuarat 77.

Sepatutnya di peringkat kamar lagi Tuan Yang di-Pertua sudah check, minta perbetulkan dahulu supaya tidak dibangkitkan. Bukan kami hendak melengah-lengahkan. Ini kerana selama ini apabila kita membawa usul terlupa letak peraturan mesyuarat, kita ditolak begitu sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk dahulu. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, banyak break lah ini, kacaulah…. Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ganggu floor.

Tuan Yang di-Pertua: Itu sebabnya Yang Berhormat setiap kali sebelum sesuatu perkara itu disebut, Setiausaha berdiri. Baru tadi disebut, “Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan usul untuk memilih Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara di bawah Peraturan Mesyuarat 77(2)”.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kenapakah tidak diletakkan di dalam itu? Ini bahasa Setiausaha. Tuan Yang di-Pertua: Ini kerana Yang Berhormat, kita telah mengikut peraturannya sudah, sebab itulah kita membenarkan usul itu. Apabila Yang Berhormat membaca usul itu, dia sudah baca tadi bahawa begini. Kalau dia mahu sebut pun boleh, kalau dia tidak sebut pun boleh. Biarlah saya yang interpret oleh sebab telah pun disebut bahawa perkara yang kita bincangkan sekarang ini ialah Peraturan Mesyuarat 77(2).

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, kalau…

Tuan Yang di-Pertua: Kalau Yang Berhormat mendengar tadi ini, saya rasa Yang Berhormat tidak akan berdiri membangkitkan soal ini.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, bagi saya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membangkitkan ini untuk masa akan datang. Kita ada pengalaman Tuan Yang di-Pertua, mengemukakan usul-usul yang ditolak kerana teknikal sahaja. Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Hendak, bangunlah Menteri. Jangan bising-bising dekat situ.

Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: [Bangun]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini Menteri Perumahan ini perangai macam backbencher. Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Tuan Yang di-Pertua…

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Nanti sekejap, saya jawab dahulu. Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu Yang Berhormat sebab dia belum siap.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya hendak jawab. Kalau Tuan Yang di-Pertua punya pandangan begitu, saya berharap akan datang Tuan Yang di-Pertua, tunjukkan consistency, sekiranya mana-mana Ahli Parlimen membawa notis, bawa usul mungkin terlupa letak peraturan mesyuarat, saya berharap demi consistency, tunjukkan, jangan tolak kerana alasan itu. [Disampuk] Hei Menteri… [Dewan riuh] Ajar sikit, ajar dia sikit. Macam budak-budak ini. Menteri perumahan ini, hei pergi jaga rumahlah. Sibuklah.

Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa] Sila, sila Yang Berhormat Sepang, continue.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Menteri DBKL kecohlah! Check air kencing orang sahaja. Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Yang Berhormat Sepang, boleh ya? Tuan Yang di-Pertua… Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyatakan saya rasa Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Tuan Yang diPertua, walaupun Tuan Yang di-Pertua mempunyai kuasa pemutus- sebab itu Lord Denning mengatakan, “There is no safety as finality unless decision is correct”. Kalau keputusan itu tidak salah Tuan Yang di-Pertua, muktamad apa? Itu muktamad mentafsirkan benda yang salah. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 77(3) itu terlalu jelas. Apa yang dinyatakan, itulah yang dimaksudkan. Apa yang dimaksudkan, itulah yang dinyatakan. Jelas. Saya rasa tidak perlu kita hendak panggil mana-mana. Saya rasa pelajar tahun satu undang-undang pun tahu.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Pertamanya Tuan Yang diPertua, pertamanya adalah, Tuan Yang di-Pertua minta dia orang jangan ganggu Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolong Yang Berhormat. Sila. Sila.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tidak mahu dengar ambil kapas tutup telinga. Bangunlah, kalau mahu tanya. Okey, bangun. Okey, tanya.

Dato’ Wira Othman bin Abdul [Pendang]: Saya bukan hendak tanya. Sebab itu kena pecat daripada PAS, pasal itulah.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Apalah. Orang kata tanya soalan dia cakap pasal pecat. Patutlah duduk backbencher. Tuan Yang di-Pertua, P.M.77(3) saya hendak bacakan Tuan Yang di-Pertua izinkan saya membaca dalam bahasa Inggeris. “In the absence of the Chairman or Vice Chairman due to illness or for any reason whatsoever, the committee shall elect any one member to act as a Chairman.” Tuan Yang di-Pertua tidak ada lagi yang lebih jelas Tuan Yang di-Pertua daripada ayat ini. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua dia kata in the absence of Chairman ataupun Vice Chairman, dalam kes yang berlaku yang absent itu adalah Chairman sebab dilantik sebagai Menteri makna Vice Chairman masih ada lagi, itu satu.

Keduanya, alasan ketidakhadiran absence itu mestilah oleh sebab illness, dalam kes yang berlaku ini memang kita tahu bukan kerana illness, kerana pelantikan sebagai Menteri. Jadi dia termasuk dalam frasa, “for any reason whatsoever”. Jadi persoalannya Tuan Yang di-Pertua, Chairman telah dilantik, kemudiannya telah dilantik sebagai Menteri – kosong, Vice Chairman tidak kosong lagi. Apa yang menghalang dalam P.M.77(3) ini untuk Vice Chairman meneruskan dan Ahli Parlimen Kepong sebagai Vice Chairman telah bersedia untuk meneruskan dan akan memanggil pengerusi 1MDB. Yang sebelum ini tidak datang, tidak tahu ke mana dia pergi. Kata ingat keluar negara tidak ada tunjuk pasport dia keluar. 1MDB hilang, pengerusi pun hilang.

1MDB terkenal dengan benda-benda yang hilang. Tiba-tiba kita pun hilang arah daripada segi mentafsirkan undang-undang. Ini kenapa? Ini apa ini? Turun. Yang Berhormat Tanjong Karang. Kalau hendak tanya.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Ya. Saya bangun. Tidak. Saya bangun hendak minta jalan. Boleh tidak boleh? Bagi tidak bagi?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tidak bagi.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Jadi jangan arah saya macam itu.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tidak bagi duduklah.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Jangan kurang ajar. Kalau tidak boleh cakap, tidak bagi jalan cakap tidak bagi jalan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi. Saya tidak bagi.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Saya bangun dengan tertib. Saya bangun dengan tertib. Saya ikut peraturan. Jangan kurang ajar.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya pun jawab dengan tertib. Saya tidak bagi jalan.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Kalau tidak bagi jalan, cakap tidak bagi jalan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tidak bagi jalan.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Janganlah mengarah saya duduk macam itu.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Nanti.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Awak siapa hendak araharah saya? Saya ikut peraturan. Bercakap soal peraturan. Bila saya bangun ikut peraturan Yang Berhormat Sepang sendiri tidak menghormati peraturan. Biadap!

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Patutlah duduk belakang lagi. Ada rombakan-rombakan Menteri tidak naik lagi. Patutlah. Saya kesian Yang Berhormat Tanjong Karang ini, tidak apa cari jalan dekat Tanjong Karanglah. Sikit hari lagi saya bagi jalan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, bagi saya P.M.77 perlu jelas, jadi saya pun merasa hairan Tuan Yang di-Pertua saya betul-betul. Saya memang menghormati Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua ada kuasa undang-undang, Tuan Yang di-Pertua lebih baik daripada Yang Berhormat Tanjong Karang. Nasib baiklah saya berhujah depan Tuan Yang di-Pertua yang tahu faham undang-undang. Kalau katakan Yang Berhormat Tanjong Karang jadi Chairman, saya tidak bangun. Sebab saya malu hendak berhujah depan Speaker kalau Chairman itu adalah Yang Berhormat Tanjong Karang. Tapi oleh sebab Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya inilah saya hendak nyatakan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, begini Tuan Yang di-Pertua persoalannya Tuan Yang di-Pertua Vice Chairman masih ada lagi, undang-undang kata Vice Chairman boleh teruskan. Jadi kenapakah persidangan yang melibatkan isu yang lebih besar 1MDB ini tiba-tiba kita berhentikan begitu sahaja? Kita tunggu sampai sidang ini? Bukankah ini menunjukkan kita telah mengkhianati rakyat yang telah meminta supaya kita mengambil tindakan 1MDB ini. Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Penjelasan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ya silakan. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Penjelasan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini saya bagi sebab ada standard.

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Adakah Yang Berhormat Sepang bersetuju bahawa tadi kita dengar satu tafsiran daripada Tuan Yang di-Pertua mengenai Standing Order 77. Itu sahaja tafsiran sahaja. Oleh sebab adakah Yang Berhormat Sepang setuju bahawa Tuan Yang di-Pertua semua Tuan Yang di-Pertua saya hormat, tidak ada kuasa untuk memberhentikan PAC daripada bermesyuarat. Itu satu salah guna kuasa. Oleh sebab, itu tafsiran keputusan sama ada Standing Order 77 tidak mencegah PAC daripada bermesyuarat sungguh tidak ada. Oleh sebab tidak ada pengerusi ialah dewan yang mulia ini bukan Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada peruntukan diberi kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua untuk berhentikan satu jawatan kuasa khasnya PAC daripada bermesyuarat. Adakah Yang Berhormat Sepang bersetuju ini satu salah guna kuasa yang Tuan Yang di-Pertua tidak patut berlaku dan ini merupakan satu sabotaj penyiasatan 1MDB, satu skandal besar antarabangsa. Itulah.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih pada.

Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Baharu]: Yang Berhormat Sepang boleh minta laluan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekejap, sekejap. Tuan Yang di-Pertua, eh Yang Berhormat Baling hendak kena baling keluar kah? Ini lagi satu lagi menteri perempuan ini. Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gelang Patah saya amat bersetuju. Saya baca beberapa kali Aturan Mesyuarat 77, saya tidak nampak di mana di bawah Aturan Mesyuarat 77 ini Tuan Yang di-Pertua ada kuasa. Tidak ada. Yang ada kuasa adalah pengerusi Chairman itu. Tapi sekarang Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua telah malangnya membuat keputusan menghentikan. Menghentikan satu ongoing investigation daripada Parlimen ini melalui PAC menyiasat satu isu yang besar.

Isu yang skandal ibu segala skandal yang memalukan negara. Negara kita dikenali menteri pelancongan patut berasa bersyukur 1MDB negara kita dikenali tapi dikenali dengan nama yang buruk. Mongolia tahu, Amerika Syarikat tahu, Myanmar tahu dan semua tahu. Ya, sampai baru ini satu persidangan di ASEAN pun cerita 1MDB semua senyum.

Jadi saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua kalau kita pada Aturan Mesyuarat 77, Chairman, Tuan Yang di-Pertua tiada kuasa. Pertama Tuan Yang di-Pertua telah membuat satu tafsiran yang Tuan Yang di-Pertua tidak sepatutnya perlu involve, descend into that level. Tidak perlu Tuan Yang di-Pertua terlibat dalam mentafsirkan sebab bagi saya jelas. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua tidak ada kuasa untuk menangguhkan.

Jadi saya rasa Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab segalasegalanya telah dilanggar, Tuan Yang di-Pertua sebelum sidang Parlimen mengatakan kita hendak buat reform terhadap Parlimen ini. Tapi Tuan Yang di-Pertua saya ingin juga minta Tuan Yang di-Pertua kita juga jujur dengan diri kita. Kalau kita hendak reform Parlimen ini, kita mesti mulakan reform institusi Speaker itu sendiri. Eh, ini we are talking about reform. Saya bukan bercakap pasal atas nama Tuan Yang di-Pertua Pandikar tapi saya bercakap atas kerusi Speaker. Kita mesti reform sebab kita tidak mahu selama ini saya ada kuasa pemutus, saya ada kuasa pentafsir. Tapi dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang duduk Yang Berhormat Sepang. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey.

Tuan Yang di-Pertua: See. Yang Berhormat Tanjong Karang duduk, duduk Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Dah, dah habis belum.

Tuan Yang di-Pertua: Duduk dulu Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya respond dulu apa yang dibangkitkan ini.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Kalau dia sudah habis saya hendak berucap pula.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat seolah-olah saya ini ikut telunjuk orang. Saya ini zalim, pendapat saya memang semua tidak betul, pendapat mereka semuanya betul. Saya kena respond dulu. Saya tidak mengatakan bahawa segala keputusan saya itu adalah betul. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Gelang Patah, ini adalah cuma tafsiran. Kalau tafsiran yang dibuat oleh Speaker itu sering kali tidak dipatuhi dan bertengkar seperti ini, kita tidak dapat menjalan mesyuarat. Itu sebab Peraturan Mesyuarat jelas mengatakan bahawa Peraturan Mesyuarat 43. Kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang rasa keputusan Speaker itu tidak betul, bawa satu usul persendirian. Tetapi ini tidak, tafsiran saya itu kalau ada usul persendirian maka terpaksa di bahas di Parlimen lepas itu diambil undi.

Jadi keputusan saya itu baru boleh ditolak oleh Majlis. Yang Berhormat Gelang Patah mengatakan saya Yang Berhormat Gelang Patah sebagai ahli Yang Berhormat yang lama dalam Parlimen saya cukup menghormati segala hujah Yang Berhormat Gelang Patah. Saya meneliti begitu juga dahulu waktu mendiang Yang Berhormat Karpal Singh ada. Saya dengar.

Akan tetapi apabila Yang Berhormat mengatakan bahawa langsung saya tidak kuasa, saya sedih. Cuba Yang Berhormat baca Peraturan Mesyuarat 100. Peraturan Mesyuarat 100 mengatakan, semua perkara yang tidak disyaratkan terang-terang dalam peraturanperaturan ini dan semua perkara berkenaan dengan menjalankan peraturan-peraturan ini pada perkara satu persatunya hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan peraturan-peraturan ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuan Yang di-Pertua dari satu masa ke satu masa. Itu sebab kenapa Peraturan Mesyuarat 100 dia open, oleh sebab ada perkaraperkara mungkin yang tidak dapat difungsi, tidak dapat dilihat pada ketika peraturan mesyuarat digubal. Belum pernah berlaku dalam sejarah Parlimen bahawa seseorang Pengerusi Public Accounts Committee menjadi isu. Jadi pertanyaan, saya tanya kepada diri saya dan saya jawab dengan secara conscience clear.

Seandainya tidak ada isu 1MDB yang telah dipoliticised juga ini yang sekarang dalam penyiasatan yang belum tentu lagi siapa bersalah dan siapa tidak. Bukan tidak ada penyiasatan, ada. Sekiranya tidak ada isu begitu, adakah isu DR.19.10.2015 61 Pengerusi Public Accounts Committee ini dipolitikkan seperti sekarang? Adakah orang kisah sama ada Pengerusi PAC itu dilantik cepat atau tidak cepat? Kenapa sewaktu kedudukan Yang Berhormat Permatang Pauh dulu dalam Select Committee sewaktu beliau telah didapati bersalah, kenapa itu tidak dipolitikkan bahawa terus terpaksa kita buat satu pertukaran dengan serta-merta? Ahli-ahli Yang Berhormat bukan tengok daripada sudut pandangan sebagai Speaker yang benar-benar prihatin kepada ini.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Boleh? Dah habis, boleh?

Tuan Yang di-Pertua: Itu adalah tafsiran saya. Jadi kalau tidak setuju tafsiran saya Yang Berhormat Gelang Patah, saya buat satu perkara yang langsung tidak kuasa. Buat usul di bawah 43. Kenapa harus tulis saya begitu? Kenapa kalau berbuat saya begitu saya pun boleh tuduh Yang Berhormat dengan apa-apa sekali pun. Jangan buat begitu.

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Ya, boleh…? Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Ya.. Tuan Yang di-Pertua: Buat usul apa pun.. Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Standing Order 100 itu ialah mengenai perjalanan mesyuarat, bukan di luar dalam perjalanan mesyuarat. Yang pertama, yang kedua… Tuan Yang di-Pertua: Lagi, lagi tafsiran Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Ya, tafsiran..

Tuan Yang di-Pertua: Lagi tafsiran. Kenapa tafsiran Yang Berhormat perlu saya dengar?

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Kalau begitu, boleh buat apa-apa tafsiran di mana Tuan Yang di-Pertua menjadi diktator. Tak boleh! Ini dalam perjalanan mesyuarat, bukan luar dalam perjalanan mesyuarat. Yang kedua, sungguhpun Tuan Yang di-Pertua kata boleh, ada satu usul substantif. Bolehkah kita satu jaminan bahawa ada usul substantif sama ada mengenai Speaker atau terhadap Perdana Menteri. No ‘contest’ motion, tentu masa akan ditetapkan untuk bahas dan keputusan atau debat dibuat. [Tepuk]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua…

Tuan Yang di-Pertua: Peraturan mesyuarat Yang Berhormat Gelang Patah, saya surprise lagi. Tidakkah Yang Berhormat sedar bahawa Peraturan Mesyuarat 15 itu ada? Ataupun sengaja tidak mahu baca?

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Kita perlu…

Tuan Yang di-Pertua: Oleh sebab pasal politik. Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Kita perlu tafsiran peraturan mesyuarat yang lebih demokratik. Bukan satu tafsiran yang tidak demokratik yang kita tak ada. Tak ada… Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat. Peraturan Mesyuarat 15 mengatakan bahawa apa pun usul yang dibuat, Peraturan Mesyuarat 15 mengatakan bahawa urusan kerajaan didahulukan.

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Ya, betul. Akan tetapi begitu, kalau Tuan Yang di-Pertua boleh buat satu tafsiran bahawa menghentikan PAC dari bermesyuarat, kenapa Tuan Yang di-Pertua tidak ada berjumpa dengan Perdana Menteri mengadakan suatu Parlimen yang tergempar supaya tidak ada delay tiga bulan atau lebih dari tiga bulan untuk siasat 1MDB atau adakah Tuan Yang di-Pertua takut 1MDB disiasat? [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Gelang Patah memang beranilah. Memang beranilah Yang Berhormat kerana Yang Berhormat bukan duduk di kedudukan yang membuat tindakan. Itu yang Yang Berhormat takut mahu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang mungkin. [Dewan riuh][Ketawa]. Kerana apabila sudah duduk…

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua…

Tuan Yang di-Pertua: Apabila sudah duduk… Nanti Yang Berhormat, sabar Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Itu pasal..

Tuan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat Gelang Patah.

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Tuan Yang di-Pertua jangan dipolitikkan. Pagi ini Tuan Yang di-Pertua mempolitikkan kedudukan Tuan Yang di-Pertua..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat!!

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Itu pasal, yang belum dapat diselamatkan di situ, Tuan Yang di-Pertua..

Tuan Yang di-Pertua: PAC…

Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah]: Tuan Yang di-Pertua mempolitikkan Speakership, jangan begitu.

Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa] Ini Yang Berhormat Gelang Patah lagi buat satu tuduhan yang tidak baik, begitu. Yang Berhormat tidak. Bagi saya, saya perlu mempertimbangkan semua, seluruh peraturan mesyuarat. Sila Yang Berhormat selepas itu sila gulung supaya kita dapat ambil..

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya….

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: [Bangun]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sekejap, Yang Berhormat Kota Bharu sila, Yang Berhormat Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kota Bharu, sila Yang Berhormat Kota Bharu.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ya, selepas itu saya akan gulung.

Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Baharu]: Tuan Yang di-Pertua, saya dengan penuh hormat kepada tafsiran yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua mengenai Peraturan Mesyuarat 77(3) yang menyatakan bahawa kalau Pengerusi tidak ada, uzur atau pun lain-lain sebab, Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa lain-lain sebab itu tidak termasuk apabila Pengerusi dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Akan tetapi kalau kita melihat 77(4), di sini dengan jelas menyatakan bahawa, “Seseorang ahli Majlis, bermakna Ahli Majlis Parlimen tidak boleh diangkat atau dilantik memegang atau memangku jawatan Pengerusi atau jadi Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara semasa ia menjadi seorang Menteri”. Di situ disebut, ahli-ahli Dewan tidak boleh dilantik memangku atau memegang tetapi di sini tidak menyebut Naib Pengerusi PAC tidak boleh dilantik memangku.

Ini menunjukkan pada tafsiran saya, mungkin Yang Berhormat Sepang boleh ulas, yang tidak boleh dilantik hanya Ahli Majlis. Akan tetapi tidak disebut Naib Pengerusi ataupun ahli-ahli PAC tidak boleh dilantik memangku jawatan Pengerusi apabila Pengerusi dilantik menjadi Menteri. Jadi saya minta mungkin ulasan daripada Yang Berhormat Sepang.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ya, terima kasih kepada sahabat saya daripada Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu. Kedua Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa sebagai Speaker, saya boleh menggunakan kuasa di bawah Aturan 100 tadi. Tuan Yang di-Pertua kata kalau ada benda-benda yang tidak secara terang-terang dinyatakan. Akan tetapi masalahnya Tuan Yang di-Pertua, 77 terang. Seorang Ahli: Ya!

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terlalu clear.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, cuba duduk dahulu Yang Berhormat. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, banyak sangat ganggu Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat duduk dahulu Yang Berhormat. Duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat, yang Yang Berhormat bertengkar dengan saya ini ialah tafsiran, baca betul-betul. Yang Berhormat Kota Bharu baca. 77(3), semasa ketiadaan Pengerusi atau Naib Pengerusi oleh sebab keuzuran atau lain-lain sebab, Jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang Pengerusi. Apa yang Jawatankuasa buat ini ialah mengambil kuasa Majlis sedangkan dalam peraturan mesyuarat menyatakan bahawa dua mesti dikasi nama, Pengerusi dan Timbalan Majlis. Apabila 77(3) itu kita tafsirkan seperti tafsiran Yang Berhormat dan Yang Berhormat, seolah-olah Jawatankuasa itu telah dikasi oleh Majlis satu kuasa amat besar kerana mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tidak setuju yang dijadi sebagai Pengerusi itu.

[Disampuk] Kerana kalau misal kata dia ada masih lagi sebagai Pengerusi tetapi dia tidak dapat hadir oleh sebab traffic jam, oleh kerana sebab sakit oleh sebab bertugas di luar negara dan mereka telah dischedule untuk bermesyuarat. Kalau ada kuorum, maka ahli-ahli yang ada itu bolehlah mereka berbincang sesama sendiri siapa yang mempengerusikan. Itu adalah tafsiran yang saya buat kerana kalau saya tafsir seperti tafsiran Ahli-ahli Yang Berhormat, bermakna yang ada itu telah mengambil kuasa Majlis. Kerana kalau itu ialah maksud yang sebenar, kenapa Ahli Majlis menamakan siapa Pengerusi PAC? Kenapa tidak yang menamakan sahaja Select Committee yang saya pengerusi? Why? Kerana Public Accounts Committee itu adalah satu committee yang paling mustahak oleh sebab orang yang duduk di situ adalah berhadapan dengan segala agensi-agensi kerajaan. Dia mempunyai kuasa panggil saksi sedangkan jawatankuasa yang lain tidak kuasa termasuk Select Committee yang saya pengerusi. Jadi oleh sebab dia ini adalah satu jawatankuasa yang amat mustahak, tidak boleh kita tafsirkan dengan satu tafsiran yang ada membawa pengertian yang lain. Jadi, kalau pun umpamanya penyiasatan tergendala oleh sebab tidak ada Pengerusi baru, masih juga sedang berjalan, cuma dia postponement.

Seperti juga dengan kes-kes lain di mahkamah, apabila peguam-peguam yang mantap atas teknikal terpaksa hakim kata, “Okey, kita tangguhkan dulu.” sampai bertahun-tahun. Akan tetapi process of investigation and semua perbicaraan berjalan. Kenapa itu menjadi isu sangat yang teramat besar sehingga Tuan Yang di-Pertua terpaksa membuat keputusan yang semua kita pening termasuk Tuan Yang di-Pertua sendiri dikasi peningkan lagi yang sudah pun pening.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, okey. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini penting Tuan Yang di-Pertua. Ini jadi satu precedent. Sebelum ini mungkin tidak pernah berlaku dalam keadaan Parlimen ini…

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Itu tafsiran… Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Tanjong Karang, saya tidak bagi laluan. Tolong duduk, please.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Lama sangat cakap. Pusing-pusing itu juga. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya lama cakap sebab Tuan Yang di-Pertua banyak kacau. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Yang Berhormat cakap pusing-pusing. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Bukan kacaulah tetapi Tuan Yang di-Pertua beri penjelasan. Seorang Ahli: Tarik balik! Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, saya tarik balik. Saya tarik balik ‘kacau’. Okey saya tarik balik ‘kacau’, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang diPertua tidak kacaulah. Tuan Yang di-Pertua memberi penjelasan sebab dia tanya saya lama sangat. Saya jawablah. Okey Tuan Yang di-Pertua? Be cool Tuan Yang di-Pertua, be cool. Tidak payah halau saya, relaks. [Dewan riuh] Can I proceed?

Tuan Yang di-Pertua: Saya kacau. [Ketawa] Kalau Yang Berhormat Sepang berhujah dia tidak kacau.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, saya sudah tarik balik. Tuan Yang di-Pertua tidak perlulah …

Tuan Yang di-Pertua: By 1.00 o’clock, I want this matter to be settled, selepas you, lepas itu Menteri respond sekejap, lepas itu kita kemukakan hal ini kepada Majlis.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh bercakapkah? Saya hendak bercakap juga bagi pihak…

Tuan Yang di-Pertua: Ya Yang Berhormat Sepang, mahu beri laluan dengan Yang Berhormat Tanjong Karang?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Minta maaf Tuan Yang diPertua. Kalau orang lain saya bagilah. Yang Berhormat Tanjong Karang saya tidak bagi. [Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Ini perbahasan, ini perbahasan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kalau dahulu Yang Berhormat Pengerang hendak cakap saya bagilah. Yang Berhormat Tanjong Karang, minta maaflah. Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Ini perbahasan. Kalau ini perbahasan, kenapa saya tidak boleh berucap dalam perbahasan?

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Beri rehatkanlah Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Saya hendak berucap juga.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang duduk, duduk. Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Tanjong Karang, duduk.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Lepas Yang Berhormat Sepang mengapa saya tidak boleh berucap?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tanjong Karang duduk dahulu Yang Berhormat Tanjong Karang. Sila. Yang Berhormat Sepang duduk dahulu. Okey, semua faham bahawa dalam sesi perbahasan seperti begini kalau ada yang ingin mencelah, ingin ada penjelasan, biasalah. Kalau Yang Berhormat yang sedang berhujah beri laluan, boleh tetapi kalau tidak, Yang Berhormat Tanjong Karang, try againlah. Jangan sampai saya mesti ini macam, ini macam. Sila. [Ketawa]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: [Ketawa] Good try.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Tuan Yang di-Pertua, bukan saya hendak – saya tahu dia tidak mahu bagi saya jalan tetapi bagilah peluang saya berhujah untuk menyokong Tuan Yang di-Pertua juga. Saya pun lawyer, saya pun ada tafsiran saya. Tuan Yang di-Pertua: Okey, sila.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Apa salahnya saya cuba beri tafsiran saya. Tuan Yang di-Pertua: Peraturan Mesyuaratkah ataupun ingin mencelah?

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Dia tidak akan bagi saya mencelah. Saya minta lepas dia berucap, bagi saya berucap. Saya tidak mahu kacau dia berucap Tuan Yang di-Pertua. Bagi saya berucap. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, saya bukan tidak hendak beri mencelah. Selama ini saya banyak kali bagi Yang Berhormat Tanjong Karang mencelah tetapi dia merapu.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Apa?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Oleh sebab itu saya tidak hendak bagi.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Tidak apalah!

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Rakyat saya di depan kata, “Kalau Yang Berhormat Tanjong Karang bangun tidak payah bagilah, Yang Berhormat”. Tuan Yang di-Pertua: Okey, sila teruskan, sila teruskan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Buang masa. Tuan Yang di-Pertua: Sila sila, Menteri.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini lagi seorang Menteri Perumahan ini. “Eh! Pergi rumahlah. Pergi cari rumah sana!”. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong Ahli-ahli Yang Berhormat. Sudahlah Ahli Yang Berhormat, sudahlah. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini Menteri ini tidak ada …convention. Menteri mana ada ruang bercakap.

Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan, sila teruskan, sila Menteri.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, tengok Menteri macam begini.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Hah! Nampak …

Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan, sila teruskan, Yang Berhormat.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Abdul Rahman Dahlan]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, tarik balik ‘bodoh’ dahulu.

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Tuan Yang di-Pertua, kena tarik balik perkataan ‘bodoh’ tadi. Ini keluar daripada Menteri sendiri. Kena tarik balik. Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat duduk! Menteri, kalau sudah sebut ‘bodoh’ itu, kalau ia diarahkan kepada Yang Berhormat Sepang, tolong tarik balik.

Datuk Abdul Rahman Dahlan: Tuan Yang di-Pertua, saya cakap perkataan bodoh, bukan dia tetapi kalau dia rasa bodoh, dia rasa bodohlah. Akan tetapi saya kata dia ….[Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Menteri biadab ini! Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini Menteri berjiwa mentaliti … Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat ..

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Minta Tuan Yang di-Pertua ambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam duduk. Ahli Yang Berhormat, Menteri, kalau sudah cakap ‘bodoh’ itu, ia ditujukan kepada Yang Berhormat Sepang, tolong tarik balik. Apa salahnya.

Datuk Abdul Rahman Dahlan: Saya tidak cakap dia ‘bodoh’, Tuan Yang diPertua. Minta maaf.

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu]: Tarik balik…

Datuk Abdul Rahman Dahlan: Akan tetapi dia terasa, saya tidak cakap ‘bodoh MP’.

Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Itu standard Menteri.

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tuan Yang di-Pertua, dia memperbodohkan kerusi Tuan Yang di-Pertua di sini. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Sila duduk, sila Menteri. Datuk Abdul Rahman Dahlan: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Seorang Ahli: Mike, mike.

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Ini Menteri bodohkah…[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Datuk Abdul Rahman Dahlan: Tarik baliklah! Tarik balik. Banyak sangat daripada mulut Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ini.

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Apa pula tarik balik. Dia pun sudah cakap benda yang sama. Duduklah, jangan buang masa.

Datuk Abdul Rahman Dahlan: Tuan Yang di-Pertua saya hendak cakap minta maaf saya kata tiang itu tidak nampak orang dekat belakang saya kata bodoh tiang itu.

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Tuan Yang di-Pertua buang masa sahaja Tuan Yang di-Pertua. Jawab masa bajet jawab masa bajet.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, tidak apa. Tuan Yang diPertua. Saya tidak marah Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak marah langsung, saya tidak marah dengan Menteri yang mencelah tadi. Bagi saya, kalau Menteri pandai, saya akan tahu masalahlah ini. Apabila Menteri bodoh, kita terpaksa terimalah Tuan Yang diPertua. [Ketawa] Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat Sepang. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: You see Tuan Yang di-Pertua…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sepang duduk.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Macam begini sampai bila hendak habis Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua: Bolehkah atau tidak Yang Berhormat Sepang duduk dahulu? Ahli-ahli Yang Berhormat, unparliamentary words, semua Ahli Yang Berhormat faham. Dalam peraturan mesyuarat, apabila kita berhujah, sangkaan jahat tidak dibenarkan kerana kita semua Ahli Yang Berhormat. Jadi kalau ada lagi alasan-alasan itu, seorang kata bahawa yang bodoh lepas itu gila. [Ketawa] Seorang lagi cakap, kalau Menteri bodoh tidak apalah, jadi apa yang jadi sama kita bahawa tidak ada lagi unparliamentary words itu. Jadi bermakna saya arahkan dua-dua Menteri tarik balik perkataan ‘bodoh’ unconditional, begitu juga Yang Berhormat Sepang, tarik perkataan ‘bodoh’ unconditional.

Datuk Abdul Rahman Dahlan: Tuan Yang di-Pertua, saya tarik balik Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey saya pun sama Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Apa masalah kita sebenarnya? Kalau mahu bertengkar bodoh-bodoh, sana minum teh tarik sambil tunjuk bodoh-bodoh. [Ketawa]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, sekejap Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kasihan pada tiangtiang. Saya pun hendak bela dia Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan fasal ramai lagi yang berhujah. Yang Berhormat Bagan mahu berhujah, Yang Berhormat Tanjong Karang mahu berhujah, sila.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kasihan Tuan Yang di-Pertua, kasihan pada tiang-tiang dibodohkan. [Ketawa] Saya pun tidak pernah tengok dalam dunia Tuan Yang di-Pertua orang kata tiang bodoh. [Ketawa] Anak saya sekolah tadika pun tidak cakap tiang bodoh. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak berhujah, saya panggil Yang Berhormat Bagan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Minta maaf Tuan Yang diPertua. [Ketawa] Okey Tuan Yang di-Pertua, tadi Tuan Yang di-Pertua Peraturan 100 ini Tuan Yang di-Pertua kalau benda itu tidak terang. Benda ini Tuan Yang di-Pertua kalau kita lihat 77 subseksyen 3 jelas iaitu dia melibatkan dua jawatan ini memang saya rasa 72 memang jelas bahawa Chairman dilantik oleh Dewan tetapi Tuan Yang diPertua kenapa 73 disebut secara spesifik Chairman and Vice Chairman, kenapa? Tuan Yang di-Pertua ia ada satu maxim Tuan Yang di-Pertua perlu tahu legislature do not legislate in vain. Apabila sesebuah undang-undang dibuat, ia bukan dibuat dalam siasia. Jadi pemilihan perkataan ‘Chairman’, ‘Vice Chairman’ itu adalah satu pemilihan yang saya rasa memang ada niatnya.

Niatnya adalah dalam keadaan tertentu apabila Chairman tidak dapat meneruskan mesyuarat dan kenapa digunakan for any reason whatsoever. So wide, kenapa bila ia wide, kita sempitkan? Itu yang jadi persoalannya Tuan Yang di-Pertua. Saya boleh terima kalau dalam Peraturan 77 Tuan Yang di-Pertua ada kuasa sekurangkurangnya secara spesifik nyata. Ini Tuan Yang di-Pertua bagi saya tidak ada langsung kuasa untuk hendak menangguhkan. [Disampuk]

Saya ulang sebab benda ini Menteri tidak faham sebab itu saya kena ulang. Tuan Yang di-Pertua kata tadi, kita repeatrepeat supaya bagi faham.

Datuk Abdul Rahman Dahlan: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini kenapa pula dengan tiang ini. Sampai dengan tiang pun hendak gaduh. Ini kerajaan apa ini? [Ketawa] Mulai hari ini, kita panggil dia ‘Menteri Tiang’ setuju? [Ketawa] So, tiang teras dia punya hujah Tuan Yang di-Pertua adalah pertamanya kita, Tuan Yang di-Pertua kata adakah kerana kenapa kita hendak politikkan 1MDB? Tuan Yang di-Pertua, apabila Tuan Yang diPertua mentafsirkan sesuatu yang Tuan Yang di-Pertua tidak ada kuasa saya katakan.

Tuan Yang di-Pertua telah buka satu floodgate. Kedua, Tuan Yang di-Pertua telah mendedahkan jawatan Tuan Yang di-Pertua itu kepada ridicule. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua… Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Sudah habis sudah? Belum?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tanjong Karang, duduk. Apa yang menjadi masalah saya ialah apabila segala cadangan daripada pihak-pihak yang tertentu saya ikut, saya turut, saya tidak akan kena tuduh bahawa saya mendedahkan jawatan Tuan Yang di-Pertua itu kepada ridicule. This is what orders mean. Peraturan mesyuarat ini dibuat di bawah Perlembagaan 62. Mana yang tidak terkandung di sini, mana yang saya tidak tafsir itu, saya tidak tafsir. Itu sebab ada ruang untuk 43.

Kalau  tidak setuju dengan saya punya tindakan, buat usul persendirian. Jangan kecam saya, jangan tuduh saya. Apabila tuduh saya you are belittling my position as a Tuan Yang diPertua, not me is Pandikar Amin. If you do not respect the position of Tuan Yang di-Pertua, meaning you’re always expecting yourself, simple is that. See, jadi kalaulah soal interpretasi itu kamu tidak bersetuju dengan saya sampai esok pun kalau saya bagi kepada semua ini untuk interpretasi masing-masing dengan tafsiran dia. Akan tetapi itu sebab kenapa Tuan Yang di-Pertua diberi kuasa supaya Mesyuarat dapat berjalan dengan baik. Itu sahaja.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua sudah pukul 1.00 macam mana? Okey saya sekadar itulah saya hendak katakan tetapi saya kata Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua kena faham kita tidak bermaksud untuk hendak mempertikaikan Tuan Yang di-Pertua. Kita kata jangan sampai subject to ridicule, jangan sampai seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Puchong. Beliau cuma hendak mentafsirkan supaya institusi Tuan Yang di-Pertua itu yang kami jangan sampai rakyat menghina.

Tuan Yang di-Pertua: Itu biar Ahli-ahli Yang Berhormat itu seperti Yang Berhormat sekarang macam mana?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Macam mana apa Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua saya …

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat duduk dahulu. Kekecohan kita kecoh setiap kali dari pagi siapa yang bangkitkan saya? Oh! Dalam soal begini bermakna Tuan Yang di-Pertua punya institusi yang terdedah ini yang Yang Berhormat Sepang punya tidak ada. See Yang Berhormat adalah pengamal guaman yang saya anggap adalah terkemuka. You faham apa yang you sebut sebetulnya.

Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: [Menyampuk] Tuan Yang di-Pertua: Cuma Yang Berhormat perlu faham.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih Tuan Yang diPertua.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau ulang balik lagi saya tidak benarkan Yang Berhormat saya tuntut orang lain untuk berbahas. Oleh kerana ramai lagi yang berbahas untuk tengah hari Yang Berhormat Sepang sudah saya anggap habis sudah berbahas. Maka itu siapa nanti yang mengganti saya akan memanggil siapa sahaja Yang Berhormat yang berdiri lebih awal. Jadi memandangkan bahawa sekarang ini telah pun jam 1.02 minit maka masa untuk kita tangguhkan Dewan. Kita akan bersidang semula pada jam 2.30 petang. Terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s